Oleh pada 14 Mar 2018 kategori

10 ahli politik malaysia yang berkelulusan ijazah dan sarjana universiti luar negara

Artikel ini adalah sambungan daripada artikel 10 Ahli Politik Malaysia Yang Berkelulusan Universiti Terkemuka Luar Negara (Bahagian 1).

1. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

tunku abdul rahman belajar di cambridge

BESARKAN TEKS     A-  A+

Anak ke-7 daripada 45 orang anak-anak Sultan Abdul Hamid Halim Shah ini mendapat pendidikan awal di Alor Setar Malay Primary School sebelum melanjutkan pengajian ke sekolah menengah Inggeris iaitu Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH).

Tidak lama selepas itu, baginda bersama adik-beradik yang lain dihantar ke Bangkok bagi menyambung pengajian di Debsirin School, sebelum pulang semula ke Malaya bagi pengajian di Penang Free School (PFS). 

Ketika Tunku berusia 17 tahun, baginda telah dianugerahkan biasiswa oleh kerajaan negeri Kedah bagi melanjutkan pelajaran ke United Kingdom. 

Institusi: University of Cambridge (United Kingdom)

Ranking Terkini Universiti (Di Dunia): Ke-5

Jurusan: Ijazah Sarjana Muda Sastera (Undang-Undang & Sejarah) (1925)

Kerjaya Sebelum Politik: Pegawai Daerah 

Parti Politik: UMNO

2. TS Abdul Khalid Ibrahim

abdul khalid ibrahim terlibat dalam dawn raid

Bekas Menteri Besar Selangor ini dilahirkan di Kampung Jalan Raja Abdullah di daerah Kuala Selangor. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada Universiti Malaya sebelum melanjutkan pengajian ke Australia. TS Khalid memulakan kerjaya sebagai pensyarah di sebuah universiti tempatan. 

Pada tahun 1979, beliau menjadi CEO Permodalan Nasional Berhad (PNB). 2 tahun berikutnya, beliau memimpin apa yang kita kenali sebagai peristiwa 'dawn raid' iaitu serangan ke atas London Stock Exchange bagi mengambil alih sebuah syarikat perladangan British di Malaysia iaitu Guthrie. Pengambilan alihan Guthrie daripada British hanya memakan masa 2 jam.

Institusi: University of Queensland (Australia)

Ranking Terkini Universiti (Di Dunia): Ke-47

Jurusan: Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA)

Kerjaya Sebelum Politik: Pensyarah, CEO PNB, CEO Kumpulan Guthrie Bhd

Parti Politik: Bebas

3. DS Mukhriz Mahathir

mukhriz mahathir bekas pelajar boston university

Anak ke-5 Tun Dr. Mahathir Mohamad ini mendapat pendidikan sekolah menengah di Maktab Rendah Sains Mara Kota Bharu (kini MRSM Pengkalan Chepa), Kelantan selama 5 tahun bersama abang beliau Mokhzani. Ketika beliau berada di Tingkatan 5 pada tahun 1981, Tun Dr. Mahathir diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kenaikkan pangkat bapa beliau memberi tekanan untuk beliau agar belajar lebih bersungguh-sungguh dan tidak memalukan bapanya itu. 

Keputusan SPM yang cemerlang membolehkan beliau menyambung pengajian ke Sophia University di Jepun dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan sebelum meneruskan pelajaran ke Amerika Syarikat. 

Institusi: Boston University (Amerika Syarikat) 

Ranking Terkini Universiti (Di Dunia): Ke-81 

Jurusan: Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan & Ijazah Sarjana Muda Pemasaran (1987)

Kerjaya Sebelum Politik: Penasihat Kanan Presiden Bank of Tokyo-Mitsubishi Limited, Pengarah di pelbagai syarikat seperti Opcom Holdings & Kosmo Tech.

Parti Politik: PPBM

4. Rafizi Ramli

rafizi ramli pelajar terbaik mckk

rafizi ramli belajar di united kingdom 644

Anak kelahiran Terengganu yang dibesarkan di Kemaman ini berasal daripada keluarga yang susah. Bapa beliau seorang penoreh getah manakala ibu seorang suri rumah sepenuh masa. Rafizi mendapat pendidikan sekolah menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan beliau sangat aktif dalam aktiviti ko-kurikulum selain menjadi pelajar terbaik sekolah itu. 

Seorang pelajar yang pintar, Rafizi telah ditawarkan biasiswa Petronas bagi melanjutkan pengajian ke United Kingdom dalam bidang kejuruteraan elektrikal dan elektronik sebelum keputusan SPM keluar. Beliau turut ditawarkan biasiswa ESSO bagi jurusan Geologi ke Amerika Syarikat. 

Walaupun mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan, beliau turut merupakan seorang akauntan bertauliah di bawah Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW).

Sila KLIK SINI untuk melihat biodata penuh Rafizi Ramli yang sangat cemerlang. 

Institusi: University of Leeds (United Kingdom)

Ranking Terkini Universiti (Di Dunia): Ke-101

Jurusan: Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal (1999)

Kerjaya Sebelum Politik: Pengurus Besar Pharmaniaga Berhad & Akauntan Profesional

Parti Politik: PKR

5. DS Ahmad Shabery Cheek

ahmad shabery cheek belajar di university of leeds

Seperti Rafizi Ramli, DS Ahmad Shabery juga dibesarkan di Kemaman. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Sungai Lembing dan Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) di Seremban. Pada tahun 1983, beliau berpeluang melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi. DS Ahmad Shabery merupakan antara beberapa orang Menteri Malaysia (tidak ramai) yang mempunyai 2 ijazah sarjana muda. 

Institusi: University of Leeds (United Kingdom)

Ranking Terkini Universiti (Di Dunia): Ke-101

Jurusan: Ijazah Sarjana Muda Sains Politik (1986)

Kerjaya Sebelum Politik: Pensyarah Universiti Malaya (Fakulti Ekonomi & Pengurusan) & Research Fellow di Institute of Southeast Asian Studies di Singapore

Parti Politik: UMNO

6. Khalid Abdul Samad

khalid abdul samad belajar di leeds university

Adik kepada DS Shahrir Samad (Pengerusi FELDA) ini dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1957. Beliau membesar di beberapa negeri berlainan kerana bapa beliau merupakan seorang penjawat awam yang kerap kali dihantar bertugas di lain-lain negeri.  

Semasa menuntut di UK, beliau aktif dalam aktiviti luar kelas dan pernah menjadi sebahagian SUARA Al-Islam.

Institusi: University of Leeds (United Kingdom)

Ranking Terkini Universiti (Di Dunia): Ke- 101 

Jurusan: Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan Api & Tenaga (1979)

Kerjaya Sebelum Politik: Menyertai Petronas Dagangan.

Parti Politik: Parti Amanah Negara

7. DS Tengku Adnan

tengku adnan mansor belajar di university of southern california

Anak kelahiran Melaka ini adalah salah seorang Menteri Malaysia yang mempunyai 2 buah ijazah (double degree). DS Tengku Adnan memperolehi salah sebuah ijazah beliau daripada Institut Teknologi Mara (kini UiTM) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan. Ijazah sarjana ke-2 beliau diperolehi daripada sebuah universiti terkemuka di Amerika Syarikat. 

Institusi: University of Southern California (Amerika Syarikat)

Ranking Terkini Universiti (Di Dunia): Ke-132

Jurusan: Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan

Kerjaya Sebelum Politik: Pengarah dan Pengerusi Far East Asset (FEA) dan Pengerusi UNZA Holdings Bhd.

Parti Politik: UMNO

8. DS Mohamed Azmin Ali

azmin ali mempunyai ijazah sarjana luar negara

azmin ali belajar di luar negara amerika syarikat

DS Azmin Ali dilahirkan di Singapura yang pada ketika itu masih merupakan sebahagian daripada Malaysia. Beliau merupakan abang kepada pengacara TV yang penuh kontroversi iaitu Azwan Ali. Beliau membesar di Gombak, dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jalan Gurney, sebelum menyambung pengajian ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Setapak (1977-1979) dan di Institut Teknikal Jalan Cheras (1980-1981). 

Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik & Ekonomi) daripada University of Minnesota di Amerika Syarikat, sebelum menyambung ke peringkat sarjana di universiti yang sama dalam bidang pendidikan. Di universiti inilah beliau bertemu dengan isteri beliau.

DS Azmin juga pernah mengadiri sebuah program latihan eksekutif di University of Oxford. 

Institusi: University of Minnesota (Amerika Syarikat)

Ranking Terkini Universiti (Di Dunia): Ke-163

Jurusan: Sarjana Pendidikan (Matematik & Ekonomi) (1987)

Kerjaya Sebelum Politik: Pegawai Khas DS Anwar Ibrahim

Parti Politik: PKR

9. DS Dr Wan Azizah Wan Ismail

wan azizah belajar di rcsi ireland

Dilahirkan di Singapura, isteri kepada DS Anwar Ibrahim ini mendapat pendidikan awal di St. Nicholas Convent School di Alor Setar. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Kolej Tunku Kurshiah (TKC) di Seremban sebelum berpeluang melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan ke Ireland. 

Pada tahun 1977, beliau berjaya menjadi pelajar terbaik di RCSI dan dianugerahkan pingat emas (The H.Macnaughton-Jones Gold Medal) bagi bidang pengajian iaitu obstetrik dan ginekologi. Beliau merupakan pelajar Asia dan Malaysia pertama yang namanya dipahat pada papan anugerah universiti berkenaan.

Institusi: Royal College of Surgeons in Ireland (RCSI)

Ranking Terkini Universiti (Di Dunia): 301-400

Jurusan: Obstetrik dan Ginekologi

Kerjaya Sebelum Politik: Ahli Othalmologi (Pakar Mata) di hospital kerajaan selama 14 tahun. 

Parti Politik: PKR

10. DS Dr. Zambry Abdul Kadir

zambry abdul khadir belajar di luar negara phd sarjana

Anak kepada nelayan ini dilahirkan di Pulau Pangkor dan mendapat pendidikan awal di pulau berkenaan sebelum melanjutkan pelajaran ke SMK SItiawan. Beliau kemudiannya berpindah ke Sekolah Menengah Bukit Gantang di Parit Buntar bagi pendidikan menengah atas. 

Menteri Besar Perak ke-11 ini mendapat Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), sebelum memperolehi Sarjana Pemikiran Islam daripada universiti yang sama pada tahun 1991. 2 tahun berikutnya, beliau berjaya mendapat sebuah lagi ijazah Sarjana (1993) dalam jurusan Falsafah Politik & Perbandingan Agama dari Temple University di Amerika Syarikat.

Tamat pengajian sarjana kedua, beliau menyambung pengajian ke peringkat PhD di universiti yang sama dan menamatkan zaman pengajian pada tahun 1995. Beliau adalah satu-satunya ahli politik di Malaysia yang mempunyai 2 buah ijazah sarjana.

Institusi: Temple University (Amerika Syarikat)

Ranking Terkini Universiti (Di Dunia): 651-700

Jurusan: PhD dalam Pemikiran Politik (1995)

Kerjaya Sebelum Politik: Penolong Profesor di UIA & Eksekutif Direktor di CELDES.

Parti Politik: UMNO

Kesimpulan

Sebenarnya ramai lagi ahli politik Malaysia yang berjaya menamatkan pengajian di universiti terkemuka luar negara. Senarai ini sekadar berkongsi sedikit latar belakang pendidikan pemimpin-pemimpin di Malaysia yang belajar di luar negara. Perlu diingatkan bahawa universiti tempatan juga berjaya menghasilkan pemimpin dan individu yang berjaya dan bermaruah. 

Perlu ditegaskan bahawa kepimpinan dengan ilmu serta pengetahuan agama dan keimanan serta keikhlasan untuk mengubah nasib rakyat adalah lebih penting berbanding pendidikan formal yang tinggi. Rakyat yang gembira adalah kerajaan yang berjaya. 

EKSTRA

Tun Abdul Razak Hussein

tun abdul razak hussein belajar di london

Institusi: Lincoln's Inn (United Kingdom)

Ranking: Diiktiraf sebagai salah sebuah badan profesional paling berprestij di dunia bagi hakim dan peguam.

Jurusan: Ijazah Barrister-at-Law

Kerjaya Sebelum Politik: Perkhidmatan Awam Malaya

Parti Politik: UMNO

Tun Hussein Onn

tun hussein onn belajar di london

Institusi: Lincoln's Inn (United Kingdom)

Ranking: Diiktiraf sebagai salah sebuah badan profesional paling berprestij di dunia bagi hakim dan peguam.

Jurusan: Ijazah Barrister-at-Law

Kerjaya Sebelum Politik: Pegawai Daerah (Klang & Kuala Selangor)

Parti Politik: UMNO

DS Mohamed Nazri Abdul Aziz

nazri aziz belajar di london lincoln s inn

Institusi: Lincoln's Inn (United Kingdom)

Ranking: Diiktiraf sebagai salah sebuah badan profesional paling berprestij di dunia bagi hakim dan peguam.

Jurusan: Ijazah Barrister-at-Law

Kerjaya Sebelum Politik: Peguam

Parti Politik: UMNO

Lim Kit Siang

lim kit siang belajar di london lincoln s inn

Institusi: Lincoln's Inn (United Kingdom)

Ranking: Diiktiraf sebagai salah sebuah badan profesional paling berprestij di dunia bagi hakim dan peguam.

Jurusan: Ijazah Barrister-at-Law (1977)

Parti Politik: DAP

Allahyarham Dato' Ustaz Haji Fadzil Noor

allahyarham fadzil noor belajar di mesir

Institusi: Al-Azhar University (Mesir)

Ranking Terkini Universiti (Di Dunia): 801-1000

Jurusan: Perundangan Islam (1963-1967) tajaan biasiswa Kerajaan Negeri Kedah. 

Kerjaya Sebelum Politik: Pensyarah di UTM (1973-1978)

Parti Politik: PAS

DS Tuan Guru Abdul Hadi Awang

abdul hadi awang belajar di arab saudi dan mesir

Beliau mendapat pembiayaan biasiswa Kerajaan Arab Saudi ketika menuntut di negara berkenaan. 

Institusi: Islamic University of Madinah (Arab Saudi) & Al-Azhar University (Mesir)

Ranking Terkini Universiti (Di Dunia): 801-1000 (Al-Azhar University)

Jurusan: Ijazah Sarjana Muda Syariah Islam (1969-1973) & Sarjana Siyasah Syar'iyyah (Sains Politik) (1974-1976)

Kerjaya Sebelum Politik: Pegawai Yayasan Islam Terengganu & Mengajar di Maahad Al-Ikhwan.

Parti Politik: PAS

TS Noh Omar

noh omar belajar di united kingdom

Institusi: Thames Valley University (kini University of West London) (United Kingdom)

Jurusan: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B)

Kerjaya Sebelum Politik: Guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Shah & Pegawai Undang-Undang di Majlis Amanah Rakyat.

Parti Politik: UMNO

DS Anifah Aman

anifah aman belajar di london

Institusi: University College of Buckingham (kini University of Buckingham) (United Kingdom)

Jurusan: Sarjana Falsafah Ekonomi & Undang-Undang

Parti Politik: UMNO

Dato' Zaid Ibrahim

zaid ibrahim belajar di united kingdom

Institusi: Inner Temple (United Kingdom)

Ranking: Diiktiraf sebagai salah sebuah badan profesional paling berprestij di dunia bagi hakim dan peguam.

Jurusan: Ijazah Barrister-at-Law

Kerjaya Sebelum Politik: Pengasas Zaid Ibrahim & Co. (Firma guaman persendirian terbesar di Malaysia)

Parti Politik: DAP

DPS Rosmah Mansor

rosmah mansor belajar di amerika syarikat

Institusi: Louisiana State University (Amerika Syarikat)

Ranking Terkini Universiti (Di Dunia): 651-700

Jurusan: Sarjana Sosiologi & Perluasan Pertanian (1978)

Kerjaya Sebelum Ini: Pengurus Pembangunan Perniagaan di Island & Peninsular Bhd.




Hakcipta iluminasi.com (2017)