Oleh pada 18 Mar 2018 kategori

Seperti yang kita sedia maklum, penggodaman merupakan satu cabang penulisan kod dan pemanipulasian perkakas komputer. Setiap orang yang terlibat atau berminat dengan IT mesti pernah memasang angan-angan untuk menjadi penggodam.

Jika anda bertanggapan dunia penggodaman didominasi oleh golongan lelaki sahaja, anda sebenarnya salah. Ada juga beberapa wanita cantik dan terkenal sebagai penggodam.

1. Adeanna Cooke

Anda pasti tidak percaya sekiranya mendapat tahu seorang bekas model Playboy bertukar kerjaya menjadi seorang penggodam. Namun, Adeanna Cooke yang dikenali sebagai "Hacker Fairy" ini akan menggodam masuk ke mana-mana laman web yang berkongsi gambar mengandungi wajah dan tubuh badannya tanpa kebenaran.

hacker penggodam wanita paling cantik dan berbahaya

Semuanya bermula apabila salah seorang teman Cooke telah mencuri gambar peribadinya untuk menjana keuntungan. Cooke kemudian mempelajari sendiri cara untuk menggodam dan berjaya memadam gambar-gambarnya. Selain itu, Cooke juga menggunakan kebolehan menggodam ini untuk membantu wanita lain yang menghadapi masalah sepertinya. 

2. Ying Cracker

Ying Cracker merupakan seorang pendidik dalam dunia hacking. Dia mengajar orang perkara asas untuk memulakan penggodaman seperti menukar alamat IP dan memadamkan kata laluan MS Office. 

hacker penggodam wanita paling cantik dan berbahaya 2

Ying mula dikenali ramai selepas seorang peminat memulakan sebuah fan base di laman "Penggodam Cantik Cina". Kerja-kerja yang dilakukan Ying juga agak mengagumkan walaupun dia tidak pernah terlibat dalam aktiviti haram. Dia merupakan pakar dalam menghasilkan perisian anti godam bagi syarikat-syarikat dan menerima bayaran lumayan bagi menjalankan kelas asas penggodaman.

3. Krisina Vladimirovna Svechinskaya

Krisina Svechinskaya kekal menjadi salah seorang wanita penggodam yang paling dikenali. Penggodam dari Rusia ini merupakan antara pelajar New York University yang paling pintar namun orang mengenalinya kerana membuat kerja-kerja haram yang mengakibatkan kehilangan jutaan dolar.

hacker penggodam wanita paling cantik dan berbahaya 3

Svechinskaya yang merupakan pakar kekuda Trojan Zeus telah menyerang ribuan akaun bank, majoritinya di Amerika Syarikat. Dia kemudian menghasilkan akaun-akaun palsu di Bank of America dan Wachovia. Svechinskaya telah menggunakan identiti 9 orang berbeza untuk menghasilkan pasport palsu dan akhirnya berjaya diberkas pihak berkuasa dan dituduh atas pelbagai kesalahan jenayah. Menurut pihak pendakwa, mereka menganggarkan yang Svechinskaya telah mengumpulkan sekitar USD3 juta dalam masa hanya beberapa bulan.

Svechinskaya ditangkap pada tahun 2011 namun dilepaskan selepas menandatangi bon dan membayar ikat jamin sebanyak $25,000. Jika dia disabitkan kesalahan, dia patutnya meringkuk sekurang-kurang 40 tahun dalam penjara.

4. Xiao Tian

hacker penggodam wanita paling cantik dan berbahaya 4

Di sebalik wajah cantik wanita yang datang dari China ini telah tersimpan kepakaran yang luar biasa dalam urusan penggodaman. Bahkan Xiao Tian telah berjaya menggodam banyak laman web sejak berusia 19 tahun lagi. Dia juga telah berjaya menubuhkan kumpulan penggodam perempuan terbesar di China dengan nama "Pasukan Keselamatan Wanita CN" yang mempunyai lebih daripada 2,500 ahli penggodam wanita. 

5. Joanna Rutkowska

Joanna Rutkowska mungkin lebih sering dirujuk sebagai pengkhianat dalam dunia penggodaman. Dia yang berasal dari Poland mempunyai kepakaran dalam menghasilkan perisian dan alat untuk mencegah penggodaman.

hacker penggodam wanita paling cantik dan berbahaya 5

Rutkowska sendiri merupakan seorang penggodam dan telah melancarkan perkhidmatan keselamatannya sendiri yang dinamakan "Invisible Things Labs". Dia mula dikenali ketika Persidangan Black Hat di Las Vegas pada tahun 2006 apabila membuat demonstrasi serangan ke atas mekanisme perlindungan Windows Vista.

6. Raven Adler

Dikenali sebagai salah seorang penggoda yang pintar dan berbakat, Raven Adler telah berjaya menamatkan pengajian sekolah hanya ketika berusia 14 tahun dan mendapat ijazah pada usia 18 tahun. Dia merupakan wanita pertama yang membuat pembentangan di DefCon, iaitu salah satu perhimpunan penggodam yang paling berprestij di dunia. 

hacker penggodam wanita paling cantik dan berbahaya 6

Kini, Adler membantu organisasi untuk melindungi data syarikat dan pelbagai maklumat sensitif. Dia juga merupakan seorang pakar perunding, pensyarah dan penulis dalam bidang penggodaman dan keselamatan komputer.

7. Gigabyte

Gigabyte dilahirkan sebagai Kimberley Vanvaeck yang berasal dari Belgium. Dia dipercayai mencipta beberapa virus terkenal seperti Quis, Coconut, Sahay dan Sharp yang menyasarkan perkakas dengan maklumat sensitif. Tidak seperti virus lain yang bertujuan mencuri maklumat peribadi untuk menjana pendapatan, virus ini digunakan untuk memusnahkan maklumat itu sendiri.

hacker penggodam wanita paling cantik dan berbahaya 7

Menurut Sophos, dia telah dituduh mencuri dan mensabotaj data peribadi dan jika disabitkan kesalahan, boleh dipenjara selama 3 tahun dan didenda lebih 100,000 Euro. Namun Vanvaeck dibebaskan 24 jam selepas penangkapannya.

8. Anna Chapman

Anna Chapman dilahirkan pada tahun 1982 dan menetap di New York semasa penangkapannya dibuat pada tahun 2010. Dia diberkas atas tuduhan bekerja sama dalam program haram pengintipan di bawah agensi intel dari luar iaitu SVR (Sluzhba Vneshney Razvedki) dari Rusia. Chapman didakwa atas konspirasi bertindak sebagai ejen kerajaan luar tanpa memaklumkan Peguam Negara AS. Chapman kemudian dilucutkan kewarganegaraan dan dihantar pulang ke Rusia.

hacker penggodam wanita paling cantik dan berbahaya 8

Semasa di Rusia, dia dilantik sebagai ahli suruhanjaya awam United Russia, iaitu sebuah parti politik di sana. Disebabkan ayahnya merupakan seorang pengintip KGB, Chapman juga dituduh direkrut oleh pihak KGB sepanjang berada di Amerika Syarikat.


tags : , , , , , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)