Bidang kejuruteraan merupakan salah satu bidang pilihan ramai atas faktor kerja professional yang menarik serta prospek pendapatan yang baik. Di Malaysia, terdapat banyak sebenarnya pilihan untuk bakal-bakal jurutera merealisasikan cita-cita mereka.

Berikut adalah 5 universiti terbaik bagi calon jurusan kejuruteraan untuk melanjutkan pendidikan mereka bagi mempunyai bekalan terbaik sebelum menempuh alam professional, mengikut kaji selidik Quacquarelli Symonds atau lebih dikenali sebagai QS bagi tahun 2017.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Universiti Malaya

iluminasi panduan pelajar jurutera2 368

Mendapat tempat ke 35 dunia dalam bidang kejuruteraan, Universiti Malaya adalah pilihan utama pelajar yang bercita-cita hendak menjadi jurutera. Ada 5 kursus ijazah sarjana muda kejuruteraan yang ditawarkan dengan durasi pengajian selama 4 tahun.

2. Universiti Teknologi Malaysia

iluminasi panduan pelajar jurutera3

Diletakkan dalam kedudukan 90 dunia, UTM sememangnya memberi penekanan kepada bidang kejuruteraan sebagai asas. Terdapat 4 fakulti yang benar-benar fokus pada bidang kejuruteraan sivil, elektrikal, kejuruteraan kimia dan juga mekanikal.

3. Universiti Sains Malaysia

iluminasi panduan pelajar jurutera4

USM pada tangga 93 patut menjadi destinasi pilihan anda jika anda berminat hendak menceburi bidang kejuruteraan kapal terbang. Terdapat 6 fakulti di USM menawarkan kursus kejuruteraan dan ada dua yang cukup unik, kursus kejuruteraan aeroangkasa dan kursus kejuruteraan mineral dan bahan.

4. Universiti Kebangsaan Malaysia

iluminasi panduan pelajar jurutera5

Dengan menggabungkan dua jurusan dalam fakulti yang dinamakan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM yang berada dalam carta pada nombor 135 dunia, UKM menawarkan kursus dalam bidang elektronik, elektrikal dan kimia bagi mereka yang berminat.

5. Universiti Putra Malaysia

iluminasi panduan pelajar jurutera6

UPM yang terletak di Serdang menduduki tangga ke 145 dunia merupakan sebuah universiti antara yang menawarkan kursus kejuruteraan terbesar di negara kita. UPM menawarkan kursus dalam bidang aeroangkasa, sivil, pertanian dan biosistem, elektrik & elektronik, kimia, mekanikal, pemprosesan makanan serta sistem komputer.

Itulah 5 universiti terbaik di Malaysia (berdasarkan statistik 2017) untuk mereka yang bercita-cita hendak menjadi seorang jurutera. Pada hemat saya, tidak ada banyak bezanya antara kualiti kelima-lima universiti tersebut dan kriteria yang perlu anda ambilkira, adalah penawaran kursus yang dekat dengan diri anda.

Selamat berjaya memilih universiti kepada bakal juruteraera.




Hakcipta iluminasi.com (2017)