university of oxford

Sumber foto: ox.ac.uk

Tujuan post ini dibuat adalah bagi memberi sedikit pencerahan kepada masyarakat Malaysia umumnya, dan kepada mereka yang mempunyai hasrat untuk belajar di salah sebuah universiti terbaik dunia.

Inilah senarai 10 universiti terbaik di dunia 2018 beserta pautan luar untuk permohonan belajar di luar negara dan diterima masuk.

10. ETH Zurich - Swiss Federal Institute of Technology.

BESARKAN TEKS     A-  A+

eth zurich swiss federal institute of technology 737

Sumber foto: ethz.ch 

Diasaskan pada tahun 1855, universiti sains dan teknologi ini telah menjadi hub bagi mendapatkan pengetahuan dan inovasi. ETH Zurich mempunyai lebih kurang 500 orang profesor dan 20,000 orang pelajar daripada 120 negara. Antara bekas pelajar yang menjadi kebanggan universiti ini termasuklah Albert Einstein. 

Jumlah Pelajar: 19,815 orang.

Pelajar Antarabangsa: 7,563 orang.

Bahasa: Jerman.

Purata Yuran Pengajian: US$600 setiap semester.

Untuk memohon, KLIK SINI.

9. University of Chicago (UChicago).

university of chicago dengan logo 865

Sumber foto: radiology.uchicago.edu

Diasaskan pada 1890, University of Chicago merupakan universiti penyelidikan swasta yang sangat konsisten dari segi kedudukan universiti dunia. Universiti ini turut melahirkan ramai bekas pelajar yang terkenal, termasuklah 13 orang billionaire dan 51 orang ahli sarjana Rhodes yang sangat berprestij.

Jumlah Pelajar: 13,557 orang.

Pelajar Antarabangsa: 3,379 orang.

Untuk memohon, KLIK SINI.

8. Imperial College London.

imperial college london united kingdom 118

Sumber foto: imperial.ac.uk

Imperial College London diasaskan pada 1907 oleh Royal Charter. Universiti ini unik dan lain daripada universiti yang lain di United Kingdom, meletakkan fokus utama kepada sains, teknologi, kejuruteraan, perubatan dan bisnes.

Kampus utama universiti ini terletak di South Kensington, di sebuah kawasan yang dikenali sebagai 'Albertopolis', di mana Putera Albert dan Sir Henry Cole bervisi akan kesinambungan antara sains dan sastera.

Jumlah Pelajar: 16,090 orang.

Pelajar Antarabangsa: 8,746 orang.

Untuk memohon, KLIK SINI.

7. University College London (UCL).

university college london ucl 350

Sumber foto: ucl.ac.uk

University College London ada salah sebuah universiti ternama dunia yang mempunyai disiplin pengajian yang pelbagai, serta reputasi antarabangsa dalam penyelidikan dan pengajaran yang berkualiti.

UCL terkenal dengan pengajian dalam pelbagai bidang seperti perubatan, bahasa, undang-undang, kejuruteraan, sejarah, astrofizik, dan lain-lain. UCL bangga akan bekas pelajarnya yang terdiri daripada 29 pemegang hadiah Nobel, dengan sekurang-kurang seorang setiap satu dekad sejak penubuhan hadiah Nobel pada 1901.

Jumlah Pelajar: 31,080 orang.

Pelajar Antarabangsa: 14,854 orang.

Untuk memohon, KLIK SINI.

6. University of Oxford.

university of oxford dengan logo 326

Sumber foto: www.ox.ac.uk

University of Oxford ditubuhkan lebih kurang seribu tahun yang lepas, iaitu pada tahun 1096. Universiti ini terkenal dengan jurusan kesusasteraannya, terutamanya dalam bahasa Inggeris. University of Oxford juga mempunyai reputasi yang bagus dalam geografi, arkaelogi, anatomi dan fisiologi, serta sastera dan kemanusiaan.

Universiti ini terletak di Oxford, sebuah bandar yang ikonik, dengan kampus yang cantik bersebelahan dengan Thames river.

Jumlah Pelajar: 19,720 orang.

Pelajar Antarabangsa: 7,353 orang.

Untuk memohon, KLIK SINI.

5. University of Cambridge.

university of cambridge dengan logo 477

Sumber foto: kicc.cam.ac.uk

Ditubuhkan pada tahun 1209, University of Cambridge kaya dengan sejarah. Antara bekas pelajarnya yang terkenal adalah SIr Isaac Newton, seorang ahli fizik British yang menemui akan kewujudan graviti. Antara bekas pelajar University of Oxford yang lain adalah Stephen Hawking (ahli matematik), Emma Thompson (pelakon), dan Arianna Huffington (pengasas bersama The Huffington Post).

Jumlah Pelajar: 18,770 orang.

Pelajar Antarabangsa: 6,699 orang.

Untuk memohon, KLIK SINI.

4. California Institute of Technology (Caltech).

california institute of technology dengan logo 388

Sumber foto: admissions.caltech.edu

Terletak di Pasadena, California Institute of Technology mempunyai reputasi yang sangat baik dalam subjeck STEM, terutamanya kejuruteraan kimia, sains biologi, kimia, sains Bumi dan marin, fizik dan astronomi, serta sains semulajadi. Kedudukan universiti berdasarkan subjek juga berada di tahap yang sangat memuaskan.

Caltech merupakan sebuah universiti berkapasiti kecil namun kekuatan penyelidikannya mengatasi banyak universiti lain yang berkapasiti besar. Dengan kadar 3:1 bagi pelajar fakulti, Caltech mempunyai 300 orang tenaga pengajar dan 600 penyelidik, dengan 99% daripada pelajarnya merupakan daripada kalangan 10 pelajar terbaik dari kolej masing-masing.

Jumlah Pelajar: 2,255 orang.

Pelajar Antarabangsa: 647 orang.

Untuk memohon, KLIK SINI.

3. Harvard University.

harvard university dengan logo 85

Sumber foto: oneclass.com

Salah satu universiti Ivy League di Amerika Syarikat, Harvard University merupakan sebuah institusi tertua di negara itu, ditubuhkan pada tahun 1636. Harvard University mempunyai kekuatan dalam bidang sains hidup dan perubatan, serta sains sosial dan pengurusan.

Antara personaliti yang pernah belajar di institusi ini termasuklah pengasas Facebook, Mark Zuckerberg dan pengasas Microsoft, Bill Gates. Malah, kedua-dua Barack Obama dan Michelle Obama telah menamatkan pengajian mereka di Harvard University, bersama beberapa orang Presiden Amerika yang lain.

Jumlah Pelajar: 22,429 orang.

Pelajar Antarabangsa: 5,266 orang.

Untuk memohon, KLIK SINI.

2. Stanford University.

stanford university dengan logo 488

Sumber foto: linkedin.com

Stanford University terkenal dengan kekuatan dalam bidang-bidang seperti sastera dan kemanusiaan, kejuruteraan dan teknologi, sains hidup dan perubatan, sains sosial dan pengurusan serta sains semulajadi.

Terletak di Silicon Valley, California, Stanford University telah berjaya melahirkan ramai penyelidik bertaraf dunia, serta usahawan teknologi yang mempunyai pengaruh kuat dalam generasi masa kini. Antara mereka termasuklah Elon Musk (Tesla), Sergei Brin (Google), Peter Thiel, John Kennedy (bekas Presiden Amerika Syarikat) dan Larry Page (Google).

Jumlah Pelajar: 15,878 orang.

Pelajar Antarabangsa: 3,611 orang.

Untuk memohon, KLIK SINI.

1. Massachusetts Institute of Technology (MIT).

massachusetts institute of technology dengan logo 546

Sumber foto: admissionmart.com

Ditubuhkan pada 1861, Massachusetts Institute of Tecnology merupakan universiti terbaik dunia tahun 2018, dan beberapa tahun sebelumnya. QS World University Ranking memberikan skor yang maksimum untuk semua kategori termasuklah penyelidikan, peluang pekerjaan, pengajaran, fasiliti, inovasi dan lain-lain.

MIT juga merupakan universiti terbaik dunia untuk beberapa subjek termasuklah seni bina, linguistik, sains komputer dan system informasi, kejuruteraan dan teknologi, kimia, matematik, ekonomi dan ekonometrik.

Antara bekas pelajar MIT termasuklah Buzz Aldrin dan Kofi Annan.

Jumlah Pelajar: 11,067 orang.

Pelajar Antarabangsa: 3,717 orang.

Untuk memohon, KLIK SINI.

(SAMBUNGAN) Nak Ke 10 Universiti Terbaik Dunia Dengan Biasiswa Penuh? Lelaki Ini Kongsikan Caranya.

Rujukan:

  1. QS World University Ranking 2018



Hakcipta iluminasi.com (2017)