sakit ismail izzani kerana salah sendiri 1

Kredit foto: Instagram Ismail Izzani

Penyanyi baharu Ismail Izzani enggan melakukan pembedahan membuang tonsil meskipun sudah semakin serius.

Ini berikutan dia gusar perubahan suara yang berlaku selepas pembedahan akan menjejaskan kerjaya seninya.

"Saya sepatutnya perlu melakukan pembedahan membuang tonsil sebab ia dah teruk. Tapi saya ambil keputusan untuk tidak melakukannya.

"Kalau saya buat juga akan kehilangan suara selama lebih lima bulan. Jadi, saya pilih untuk pulih secara sendiri.

"Bidang nyanyian adalah minat saya. Tambahan pula, ada banyak acara dan program yang saya perlu hadir," katanya memetik laporan portal Mstar Online.

Susulan itu, penyanyi berusia 17 tahun ini dinasihatkan doktor supaya menjaga pemakanan dan minuman selain mengambil ubat untuk merawat masalah tonsil tersebut.

Dedah Ismail, masalah yang dihadapi ini berlaku sejak beliau kecil lagi, namun semakin teruk gara-gara perbuatannya sendiri.

sakit ismail izzani kerana salah sendiri 2

Kredit foto: Instagram Ismail Izzani

"Buat masa ini, doktor suruh makan ubat, jaga pemakanan dan minum air masak dengan banyak.

"Supaya tonsil boleh baik dengan sendiri. Saya ada masalah tonsil sejak kecil lagi. Tapi semakin teruk disebabkan salah sendiri.

"Saya suka makan dan minum air yang tidak sepatutnya sehingga membuatkan tonsil berdarah," luahnya.

Ismail ditempatkan di hospital selama empat hari bermula 6 Oktober lalu.

Mengenai perkembangan kerjaya seni, penyanyi yang dicalonkan di separuh akhir Muzik-Muzik 32 itu melahirkan rasa teruja.

Malah dia menyimpan hasrat untuk membawa lagu Sabar ke pentas Anugerah Juara Lagu.

"Saya sangat gembira dapat berita yang saya berjaya ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik.

"Tak sangka sebab ramai lagi saingan yang hebat-hebat. Saya berharap sangat impian untuk membawa lagu Sabar ini masuk ke Anugerah Juara Lagu akan tercapai," katanya lagi.

Selain itu, Ismail kini dalam rangka promosi single terbaru berjudul Demi Kita.

Sumber berita: Mstar

tags : , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)