Kredit foto: Instagram.com/ismailizzani_

Penyanyi Ismail Izzani menegaskan bahawa dia boleh membuktikan kejayaan dalam bidang muzik hasil kerja kerasnya biarpun tidak mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dia menegaskan bahawa keputusan itu diambilnya sendiri dan sama sekali tidak bermaksud untuk mempengaruhi masyarakat menjadi sepertinya. 

Menerusi sebuah kemaskini  di Twitter, Ismail (18 tahun) meluahkan kekesalannya kepada penghinaan yang dibuat terhadap mereka yang tidak memiliki SPM.  

Terdahulu, Ismail mengakui tidak berminat untuk mengambil peperiksaan SPM seperti rakan-rakannya.

Namun, pelantun lagu Sabar itu enggan membaca kritikan pedas yang mampu menjadikan dirinya sedih.

dihina tiada spm ini respon balas ismail izzani 3

Sementara itu, Ismail juga menafikan tanggapan dia mampu menjalani kehidupan yang selesa berikutan datang dari keluarga yang kaya-raya.

Bahkan, dia menjelaskan bahawa sumber pendapatannya diperolehi dengan hasil usaha sendiri tanpa mengharapkan bantuan daripada ibu bapanya.

Tegasnya lagi, prinsip hidupnya ialah yang senang, bukan selalu senang, manakala yang susah pula, bukan selalu susah. 

Sumber berita:

1. myartis.com

2. mStar Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)