punca sebenar ismail izzani tak ambil spm

Kredit foto: Instagram Ismail Izzani

Penyanyi remaja terkenal, Ismail Izzani mendedahkan dia tidak mempunyai minat untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

Sebagai alternatif, pelantun lagu Demi Kita ini akan meneruskan pengajian dalam jurusan komunikasi di sebuah kolej swasta.

Beliau bakal menjalani sebuah peperiksaan awal yang disediakan pihak kolej berkenaan untuk tujuan menempatkan diri dalam bidang tersebut. 

punca sebenar ismail izzani tak ambil spm 2

Kredit foto: Instagram Ismail Izzani

"Sejujurnya saya bukan seorang yang suka belajar. Jadi, saya ambil keputusan untuk tidak menduduki SPM seperti rakan yang lain," katanya kepada Mstar Online.

Menurut penyanyi berusia 18 tahun ini, keputusan yang diambil itu juga telah melalui proses  perbincangan bersama kedua orang tuanya.

"Saya sudah berbincang dengan ibu bapa dan mereka juga bersepakat serta setuju untuk saya terus melanjutkan pelajaran di kolej swasta.

"Untuk masuk kolej itu tidak memerlukan keputusan SPM tapi hanya melalui satu peperiksaan awal.

"Insya-Allah, saya ada perancangan untuk lanjutkan pelajaran dalam bidang komunikasi," ujarnya.

Ismail yang juga anak kepada penyanyi era 1980-an, Datin Suliza Salam, berkata, gara-gara tidak mendaftar untuk menduduki SPM pada tahun lalu membuatkannya mempertimbangkan kembali keputusan untuk mengambil peperiksaan berkenaan.

Akhirnya, beliau yang menuntut dari rumah (home schooling) sejak usia 16 tahun itu, nekad melepaskan peperiksaan besar tersebut untuk perancangan baharu yang bakal diambil.

Sementara itu, penyanyi yang meledak dengan single sulung berjudul Sabar ini belum menentukan waktu yang sesuai untuk meneruskan pengajian.

punca sebenar ismail izzani tak ambil spm 3

Kredit foto: Instagram Ismail Izzani

"Keputusan ini dibuat pun disebabkan saya tidak sempat daftar untuk ambil SPM tahun lalu.

"Sepatutnya tarikh akhir untuk daftar bulan Mac. Tapi saya dapat tahu masa bulan Mei.

"Saya belum pasti lagi bila waktu yang sesuai untuk sambung belajar. Yang pastinya, bukan dalam masa terdekat," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau kini tampil dengan single terbaru berjudul Luar Biasa yang didedikasikan khas buat para peminat yang menyokongnya selama ini.

"Alhamdulillah, single terbaru saya dah pun dilancarkan beberapa hari yang lalu dan mendapat sambutan.

"Lagu ini saya cipta memang khas buat peminat yang menyokong karier saya sejak mula lagi," katanya.

Muzik video Luar Biasa yang dimuatnaik di laman Youtube sejak 15 Mac lalu itu kini berada di tangga kedua carta trending Youtube Malaysia.


tags : , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)