Oleh pada 26 Aug 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Sarah Suhairi

Penyanyi Ismail Izzani menafikan berhubungan cinta dengan Sarah Suhairi sebaliknya hanya berkawan baik dengan bintang Big Stage itu.

Katanya, agak mustahil untuk mereka menjalinkan hubungan kerana soal cinta bukanlah boleh dibuat main. 

"Kalau ikut logik akal soal cinta bukan mudah. Lagipun saya dah Sarah selesa berkawan baik," katanya memetik laporan Astro Gempak.

Dedah Ismail, mereka selesa bersama kerana masing-masing mempunyai perwatakan yang hampir serupa.

"Sikap kami tak banyak beza. Kami gila-gila jadi bila bertemu tak rasa kekok," katanya.

Namun begitu, penyanyi lagu Luar Biasa itu merasakan tidak wajar andainya mereka terus digosipkan kerana bimbang akan membuatkan persahabatan itu terasa kekok.

bercinta dengan sarah suhairi ini kenyataan ismail izzani 2

Kredit foto: Instagram Ismail Izzani

“Namun, apabila ada yang minta kami bercinta, itu saya rasa kurang manis. Takut menimbulkan rasa kurang senang kedua-dua pihak," katanya.

Ismail berharap dakwaan itu tidak lagi digembar-gemburkan kerana hakikatnya ia tidak benar sama sekali.

"Jadi, sebaiknya perkara seperti ini tidak diperkatakan kerana kami tidak bercinta pun," katanya.

Dalam perkembangan lain, malam ini Sarah bakal meneruskan perjuangannya dalam program realiti Big Stage menerusi tugasan lagu Ddu-Du Ddu-Du yang dipopularkan oleh kumpulan Blackpink.




Hakcipta iluminasi.com (2017)