Orang yang menggunakan tangan kiri sebagai tangan dominan atau kidal sering dianggap unik. Apabila melihat seseorang menulis menggunakan tangan kiri, kita pastinya akan teringat akan kenalan atau ahli keluarga kita yang turut sama kidal.
Dianggarkan 10% daripada populasi dunia adalah kidal. Antara tokoh terkenal dunia yang kidal adalah bekas Presiden Amerika Syarika Barrack Obama dan antara orang terkaya dunia, Bill Gates. Setiap tahun, tarikh 13 Ogos telah diiktiraf sebagai Hari Tangan Kidal Sedunia.
BESARKAN TEKS A- A+
Menjadi seorang kidal juga mempunyai halangannya yang tersendiri. Hal ini disebabkan penciptaan sesuatu barangan selalunya mengambil kira penggunanya menggunakan tangan kanan sebagai tangan dominan. Contohnya, gitar dan kerusi di dewan seminar yang dicipta mempunyai sambungan meja kecil padanya.
Ianya adalah disebabkan saraf tunjang , bukan otak
Selama puluhan tahun, para saintis cuba mengkaji apakah faktor yang menyebabkan seseorang itu menjadi kidal. Terdapat beberapa teori yang cuba merungkai persoalan ini dan antara teori terawal adalah kerana keadaan ibu yang sentiasa stress semasa bayi berada dalam kandungan dan faktor umur ibu yang mengandung pada usia yang lebih tua.
Kajian sejak tahun 1980-an mendapati bahawa penentuan tangan dominan sama ada kanan atau kiri dipercayai telah ditentukan sebelum seseorang bayi itu sebelum lahir lagi. Pemeriksaan ultrasound menunjukkan ianya mungkin seawal minggu kelapan kehamilan lagi.
Apabila sudah di minggu ke 13 kehamilan, bayi dalam kandungan sudah mula menghisap jari kiri atau kanan. Sebelum ini, saintis berpendapat bahawa perbezaan antara genetik pada bahagian kanan atau kiri otak mungkin menentukan sama ada seseorang bayi itu kidal atau tidak.
Pergerakan tangan kanan dan kiri janin dalam rahim
Walau bagaimanapun, laporan kajian terbaru yang diterbitkan pada tahun 2017 di portal eLife Sciences Publications menyatakan bahawa saraf tunjang merupakan faktor yang menyebabkan seseorang itu kidal atau tidak.
Kajian itu yang dibuat oleh Sebastian Ocklenburg, Judith Schmitz dan Onur Gunturkun daripada Ruhr University dan beberapa orang penyelidik daripada Belanda dan Afrika Selatan mendapati bahawa aktiviti gen di saraf tunjang yang asimetri (tidak simetrikal) dalam rahim mungkin menentukan sama ada seseorang itu kidal atau tidak.
Pergerakan tangan dan lengan bermula daripada bahagian otak yang dikenali sebagai korteks motor. Bahagian inilah yang akan menghantar signal kepada saraf tunjang yang kemudian menterjemahkannya kepada pergerakan. Para penyelidik ini mendapati bahawa ketika janin berkembang dalam rahim sehingga 15 minggu, walaupun korteks motor dan saraf tunjang masih belum disambungkan peggunaan tangan kanan atau tangan kiri sudah ditentukan.
Pemerhatian ini memberi kesimpulan bahawa janin boleh membuat pergerakan dan menentukan tangan kiri atau kanan sebagai tangan dominan walapun otak belum mengawal pergerakan janin.
Bagi mendapatkan jawapan, para penyelidik ini telah mengkaji aktiviti gen di saraf tunjang janin pada 8 hingga 12 minggu tempoh kehamilan. Mereka dapati bahawa terdapat perbezaan signifikan pada bahagian kiri dan kanan saraf tunjang yang mengawal pergerakan tangan dan lengan.
Mereka menyatakan bahawa keadaan asimetri saraf tunjang ini mungkin disebabkan oleh keadaan dikenali sebagai epigenetics, iaitu bagaimana sesuatu organisma itu terkesan disebabkan oleh perubahan pada aktiviti gen dan bukan gen itu sendiri. Perubahan aktiviti gen ini biasanya disebabkan faktor alam sekitar dan boleh mempengaruhi bagaimana seseorang bayi itu membesar.
Nota: Terdapat juga golongan yang dikenali sebagai Ambidexterity, iaitu mampu menggunakan kedua-dua tangan sebagai tangan dominan.
Kredit: