mengapa golongan kidal dipaksa belajar dan guna tangan kanan

Dalam dunia ini, akan sentiasa ada golongan yang takutkan mereka yang berlainan.

Dari segi sejarah, perkara ini juga berlaku bagi golongan tangan kanan terhadap mereka yang kidal.

Dan disebabkan majoriti daripada populasi dunia iaitu sekitar 90% dominan tangan kanan, maka berlaku berat sebelah terhadap golongan kidal.

golongan kidal dipaksa guna tangan kanan

Berat sebelah ini dilihat dalam pelbagai budaya sepanjang sejarah dalam bentuk ketakutan dan mitologi, yang menjadi penyebab mengapa golongan kidal satu ketika dahulu diajar untuk menggunakan tangan kanan sebagai tangan dominan.

Ini adalah satu amalan yang sangat kejam dan lebih teruk, ia masih berlaku sehingga kini di beberapa bahagian di dunia.

iluminasi.com kongsikan mengapa golongan kidal dipaksa belajar menggunakan tangan kanan sebagai tangan dominan.

1. Penyebab penyakit mental

kidal dikatakan penyebab penyakit mental

Menurut sejarah, kebanyakan individu kidal dilatih menggunakan tangan kanan kerana orang ramai berpendapat bahawa kelainan ini merupakan satu petunjuk bahawa golongan ini akan menghidap penyakit mental di kemudian hari.

Hakikatnya, penyelidik dan profesor di Emory University dan penulis buku "On the Other Hand: Left Hand, Right Brain, Mental Disorder and History" iaitu Howard Kushner, mendapati sebaliknya.

Apa yang sebenar berlaku adalah disebabkan kanak-kanak kidal dipaksa oleh orang dewasa dominan tangan kanan untuk mengubah norma dan menolak tingkah laku semula jadi mereka inilah yang menyebabkan golongan kidal berhadapan dengan masalah seperti kegagapan dan gangguan perhatian.

2. Dikaitkan dengan ilmu sihir

kidal dikaitkan dengan ilmu hitam

Sebuah article TIME yang diterbitkan pada tahun 1969 berpendapat bahawa sejak zaman pertengahan, golongan Katolik yang tegas percaya bahawa menjadi kidal adalah tanda-tanda syaitan atau ilmu sihir.

Di Amerika Syarikat dan Britain, adalah menjadi satu amalan biasa untuk melatih golongan kidal menggunakan tangan kanan sebagai tangan utama sepanjang abad ke-20.

Tiga contoh paling popular adalah Raja George VI, yang dipaksa belajar menulis menggunakan tangan kanan dan kemudiannya menjadi gagap, Presiden Amerika Syarikat ke-33 dan ke-40 iaitu Harry Truman dan Ronald Reagan.

3. Mempunyai maksud jahat

kurt cobain kidal 567

Berat sebelah terhadap golongan kidal oleh golongan tangan kanan juga tersemat dalam bahasa di seluruh dunia.

Tahukah anda bahawa perkataan "sinister" yang bermaksud jahat dalam Bahasa Melayu, sebenarnya membawa maksud "left"?.

Perkataan Jerman iaitu “linkisch” (berkaitan dengan kiri) membawa maksud kekok atau janggal.

Dalam bahasa Mandarin, perkataan yang sinonim dengan "kiri" adalah "salah" dan "tidak betul".

Dan sudah tentu, dalam bahasa Inggeris, "right" sinonim dengan "betul".

4. Kejuruteraan berat sebelah

kekurangan tangan kidal

Semua orang tahu bahawa golongan kidal juga berhadapan dengan kesukaran apabila melibatkan alatan, budaya dan hampir semua benda.

Dunia kita direka berdasarkan penggunaan oleh golongan tangan kanan, bermula dari gunting sehinggalah kepada alatan sukan.

Malah, sebahagian daripada sebab mengapa hanya 1% peratus sahaja daripada rakyat China dilaporkan kidal walaupun purata golongan kidal di seluruh dunia adalah sekitar 10% adalah kerana ramai pendidik Cina mengajar golongan kidal untuk menggunakan tangan kanan.

Sebagai tambahan kepada keinginan untuk menyesuaikan diri, aksara-aksara Cina sebenarnya dihasilkan untuk ditulis dengan tangan kanan.

5. Tanda tidak hormat

makan tangan kanan

Dalam beberapa budaya, tangan kiri masih dipercayai sebagai tidak bersih dan tangan yang tidak wajar.

Sebagai contoh, kira diajar untuk menggunakan tangan kanan untuk bersalaman dan makan, manakala tangan kiri digunakan sebaliknya seperti mencuci dubur.

Maka, anda dianggap sebagai tidak menghormati orang lain jika bersalaman menggunakan tangan kiri. 

Mungkin bagi kita ia satu kebiasaan, namun ramai orang Barat makan menggunakan tangan kiri.

6. Tak sesuai dijadikan pasangan hidup

budaya jepun sukar cari pasangan hidup jika kidal

Budaya Jepun mempunyai sejarah kepercayaan bahawa kidal adalah sumpahan atau petanda tidak baik.

Menurut JapanTimes.co, adalah menjadi perkara biasa jika golongan kidal sukar mencari pasangan untuk berkahwin.

Inilah sebab mengapa ramai ibu bapa melatih anak-anak mereka yang kidal untuk menggunakan tangan, dan ini masih berlaku sehingga ke hari ini.

Dalam beberapa dekad yang lalu, amalan melatih kidal menggunakan tangan kanan sudah semakin berkurangan, namun satu ketika dahulu kanak-kanak dikenakan hukuman atau larangan fizikal kerana menggunakan tangan kiri.

Rujukan:

1. Reader's Digest

2. Interest

3. The Conversation



Hakcipta iluminasi.com (2017)