air laut bertukar air tawar

Pada abad ke-21 ini, anda tak perlu bersusah-payah untuk mendapatkan air segar. Jumlah air segar yang ada ketika ini masih mencukupi walaupun sesetengah kawasan di dunia mengalami kekurangan air segar.  Sumber air terbesar di Bumi sudah tentunya air laut namun air ini masin dan tidak boleh digunakan untuk kegunaan harian.

Tapi, bagaimana jika air laut bertukar menjadi air tawar?

apa berlaku jika air laut bertukar jadi air tawar

Apakah yang akan berlaku kepada Bumi dan kehidupan seharian kita?

Persoalan yang paling membingungkan adalah kenapa air laut masin? Hakitkanya, situasi ini tidak berlaku satu ketika dahulu.

Kira-kira 3.8 bilion tahun yang lalu, permukaan bumi menyejukkan ke tahap sehingga wap air berubah menjadi cecair, membentuk lautan dan tanpa garam yang ditambah.

Ini membuatkan air laut satu ketika dahulu adalah air segar. Namun, ia jelas sekali tidak kekal. 

Setiap kali hujan turun, karbon dioksida dari udara akan larut ke dalam air yang jatuh. Ini menjadikan hujan berasid dan apabila ia jatuh, ia menyebabkan batu-batu terhakis.

air hujan hakis garam dan mineral daripada batu

Dari situ, air hujan mengalir ke arah sungai dan sungai berdekatan, membawa garam dan mineral bersama-sama dengannya.

Aliran air ini kemudiannya mengalir dari sungai ke lautan. Bukan itu sahaja, lohong hidroterma atau gunung berapi dasar laut juga mengeluarkan garam dan mineral ke dalam laut.

Proses ini berlaku sekitar  3.8 bilion tahun yang mana menyebabkan air laut menjadi tersangat masin seperti yang wujud pada hari ini.

Dan jumlah garam yang ada dalam air laut adalah tersangat banyak.

Malah, jika kita ambil garam yang terkandung dalam air laut dan menaburkannya di atas tanah, seluruh daratan di Bumi ini akan dilitupi oleh garam setinggi bangunan 40 tingkat.

Jadi apa akan berlaku kepada dunia jika kita keluarkan semua garam daripada air laut?

Ketika ini dianggarkan bahawa satu pertiga daripada dunia akan berhadapan dengan kekurangan air kronik menjelang tahun 2025.

Dan kadar penggunaan air global menjadi dua kali ganda setiap 20 tahun.

masalah kekurangan air segar akan menjadi lebih teruk pada tahun 2025

Jadi mungkin idea air laut segar boleh menjadi penyelesaian kepada masalah ini? Tidak.

Laut tanpa garam akan menghancurkan kehidupan marin dan mempengaruhi cuaca dan suhu kita secara mendadak. Hal ini akan menjadikan kehidupan manusia di Bumi hampir mustahil.

Terdapat kira-kira 228,450 spesis dalam laut dan sekitar 2 juta spesis lagi yang dikatakan bakal ditemukan. 

Tetapi jika lautan menjadi air tawar, kita tidak akan dapat menemukan spesis-spesis ini.

Ikan air masin dan makhluk laut lain mempunyai keupayaan untuk minum air garam supaya kekal terhidrasi dan menyingkirkan garam berlebihan.

hidupan laut akan musnah jika air laut tukar jadi air segar 319

Tidak semua makhluk laut melakukannya dengan cara yang sama, tetapi ini keupayaan mengepam keluar garam yang berlebihan adalah penting untuk bertahan di lautan.

Sesetengah spesies, seperti salmon, telah menyesuaikan diri dengan kedua-dua air tawar dan air garam.

Tetapi bagi sebahagian besar, semua spesies hidupan air masin akan musnah jika air laut menjadi segar.

Ini termasuk alga laut yang mana menyumbang  kepadaseparuh fotosintesis yang berlaku di Bumi!

Fotosintesis memainkan peranan penting dalam membekalkan oksigen kepada planet kita, dengan pokok dan tumbuhan menukarkan karbon dioksida dari atmosfera ke udara yang kita bernafas.

Jadi tanpa alga, bukan sahaja kita akan kekurangan malah juga mempunyai lebih banyak karbon dioksida di atmosfera.

alga laut menyumbang kepada 50 fotosintesis di bumi

Pengukuhan kesan rumah hijau ini akan menjadikan beberapa bahagian dunia menjadi tersangat panas.

Haba yang dahsyat ini boleh dikesan berhampiran khatulistiwa kerana arus laut tidak akan mengedarkan air hangat dan mengalirkan air seperti biasa lagi.

Arus perolakan membantu air hangat dari khatulistiwa untuk sampai lebih jauh ke utara, manakala air sejuk dari utara dapat menyejukkan kawasan panas di selatan.

Di khatulistiwa, air panas boleh membawa lebih banyak garam, jadi air yang lebih padat ini berada di kawasan laut yang lebih rendah, sementara air sejuk mengalir di atasnya.

Dan di utara, airnya cukup sejuk untuk membeku dan membentuk ais laut.

perolakan air laut

Garam akan ditinggalkan apabila air membeku dan secara semulajadi, ini menjadikan air sejuk di utara menjadi lebih padat.

Ini akan membolehkan ia tenggelam ke bawah untuk memberi ruang untuk air panas yang sedang datang dari selatan. 

Tetapi tanpa garam, keseluruhan proses ini akan musnah.

Kawasan di Bumi akan membeku sementara cuaca di sekitar khatulistiwa akan semakin menjadi lebih dahsyat. Bukan itu sahaja, angin taufan juga akan kerap berlaku dan lebih berbahaya daripada biasa.

Dalam situasi ini, cuaca dan iklim kita akan berbeza sama sekali dengan apa yang kita alami sekarang.

Dari segi ketahanan hidup, berapa lama  kita mampu bertahan untuk melihat semua perubahan ini?

cuaca akan menjadi buruk jika air laut bertukar tawar

Jawapannya ada tidak lama.

Hidupan di Bumi sama ada akan membeku, terlalu panas, mati akibat bencana alam atau kelaparan.

Ya, dengan berkuranganya proses fotosintesis dan cuaca yang sama ada akan menjadi terlalu sejuk atau panas, cuaca kita tidak akan lagi menyokong kehidupan tumbuhan seperti sekarang.

Seluruh rantaian makanan akan musnah. Kebanyakan spesies hidupan akan mati, termasuk manusia kerana tanaman yang kita sangat bergantung sekarang akan lenyap. 

Jadi, walaupun air segar penting, namun air garam di lautan juga memainkan peranan yang penting dalam membolehkan kita bertahan hidup sehingga kini. 

Rujukan:

1. Quora

2. INSH

3. Science Forum


tags :, , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)