Oleh pada 29 May 2017 kategori

Kemajuan sains dan teknologi zaman sekarang banyak mengambil manfaat daripada ciptaan dan inovasi saintis pada zaman dahulu. Kita harus bersyukur dan tanpa inovasi saintis dahulu, mungkin kita tidak semaju sekarang.

Tidak seperti zaman sekarang di mana terdapat protokol yang perlu dipatuhi oleh seseorang saintis menjalankan sesuatu ujikaji. Pada zaman dahulu, para saintis banyak mengambil risiko dan melakukan sesuatu ujikaji tanpa berdasarkan langkah-langkah keselamatan yang betul.

Mengikut sejarah, telah ramai saintis zaman dahulu yang mati akibat daripada ciptaan dan inovasi mereka sendiri. Berikut adalah beberapa nama saintis yang tidak bernasib baik.

1. Thomas Midgley Jr

Thomas Midgley Jr merupakan ahli kimia daripada Amerika Syarikat yang telah banyak terdedah dengan minyak petrol dengan plumbum dan gas CFC. Kedua-dua gas ini merupakan bahan pencemaran udara yang berbahaya dan penggunaannya telah diharamkan diseluruh dunia.

Beliau telah terkena penyakit Polio dan keracunan plumbum. Akibatnya, beliau telah lumpuh dan hanya terlantar di katil. Bagi memudahkan beliau untuk bangun daripada katil, beliau telah mencipta satu sistem takal bagi memudahkannya bangun daripada katil. Malangnya, pada suatu hari sistem takal yang dibina telah gagal berfungsi dan mencekiknya sehingga mati.

2. Franz Reichelt

franz reichelt wingsuit yang gagal

Franz merupakan antara saintis pertama yang mencipta payung terjun (parachute). Dia dikenali dengan gelaran The Flying Tailor dan telah mencipta sebuah payung terjun berbentuk baju.

Bagi mencuba keberkesanan payung terjung ciptaannya, Franz telah mengambil keputusan untuk membuat terjunan daripada Eiffil Tower. Malangnya, payung terjun tersebut tidak dapat menolongnya dan beliau terhempas dan mati serta merta di tempat kejadian.

Video mengenai peristiwa penting penerjunan tersebut masih boleh ditonton seperti video dibawah.

3. J. G. Parry-Thomas

J. G. Parry-Thomas merupakan seorang pelumba kereta dan seorang jurutera. Beliau mempunyai cita-cita untuk memecahkan rekod kereta terpantas yang dicipta oleh Malcolm Campbell.

Bagi merealisasikan cita-citanya, beliau telah mencipta sebuah kereta yang diberinama Babs dengan beberapa modifikasi unik yang dipercayai dapat melajukannya. Beliau akhirnya berjaya memecahkan rekod tersebut pada tahun 1926. Setahun kemudian, Malcom Campbell telah berjaya memecahkan rekodnya pula.

j g parry thomas

Dalam usaha memperbaharui rekod yang dibuat Malcom Campbell, salah satu rantai yang terdapat pada keretanya putus dan terbang mengenai lehernya. Rantai tersebut telah memotong lehernya dan beliau mati serta-merta.

4. Alexander Bogdanov

Alexander merupakan seorang ahli perubatan daripada Rusia. Beliau pernah dipenjarakan dan setelah keluar daripada penjara, beliau kembali ke bidan perubatan dan obses dengan darah.

Beliau telah memperkenalkan sebuah falsafah yang dikenali sebagai "tectology". Dalam satu kajian yang dilakukan, beliau telah menjadikan dirinya bahan ujikaji untuk menerima pemindahan darah daripada salah seorang pesakitnya dan beliau mati dua hari kemudian.

alexander bogdanov

Punca kematiannya adalah disebabkan oleh jenis darah yang tidak sesuai buat si penerima. Ianya adalah suatu penemuan baru memandangkan sebelum itu, tiada siapa yang tahu bahawa setiap orang hanya boleh menerima darah daripada kumpulan darah tertentu sahaja.

Banyak yang boleh dipelajari daripada kes kematian saintis-saintis ini. Sebagai contoh, sekiranya mereka mengikut langkah-langkah keselamatan ketika menjalankan eksperimen, risiko yang dihadapi mereka mungkin dapat dikurangkan atau dielakkan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)