Kredit foto: sensasimalaysia.com

Pelakon Abby Abadi disahkan mengandung semula yang dikongsinya sendiri menerusi Instagram miliknya dengan memuatnaik foto alat ujian kehamilan yang membuktikan berita gembira tersebut.

Kapsyen foto itu menunjukkan beliau bersyukur dan mengimpikan untuk mendapat sepasang anak kembar.

Ruangan komen foto tersebut juga dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada peminatnya yang turut gembira dan mendoakan kandungan tersebut berjaya dilahirkan dengan selamat.

abby abadi sah hamil semula 1

abby abadi sah hamil semula 2 229

abby abadi sah hamil semula 3

Terdahulu, Abby Abadi pernah mengalami keguguran sewaktu mengerjakan ibadah umrah bersama suaminya, Jai Ezzany.

Kami juga ingin mengucapkan tahniah dan semoga segalanya dipermudahkan sepanjang kehamilan Abby kali ini.

Sumber: Instagram @abby_abadi112

Sumber berita: Myartis




Hakcipta iluminasi.com (2017)