Kredit foto: Instagram Abby Abadi

Bekas penyanyi dan aktres, Abby Abadi, mendedahkan anak tirinya, Danish Edry, 12, terlibat dalam kemalangan motorsikal di Kota Bharu, Kelantan.

Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 41, berkata dia dan suami kini berada di Kota Bharu untuk menjenguk keadaan anak tirinya itu.

Danish adalah anak kepada suami Abby, Muhammad Faizal Zakaria menerusi perkahwinan terdahulunya.

Di kesempatan yang sama, Abby memohon maaf kepada para pelanggan yang membeli produk perniagaan beliau secara atas talian kerana terpaksa menangguhkan urusan pesanan dan pengiriman barang.

"Makluman 6/1/2018. Sahabat-sahabat yang kami sayangi kerana Allah, kami nak ucapkan terima kasih kerana sudi membeli produk/gajet/tudung jualan kami. Sangat-sangat kami hargai. Hanya Allah sahaja dapat membalasnya.

"Cumanya untuk kelmarin, semalam dan hari ini kami terpaksa tangguhkan dulu urusan jual beli yang terus dengan kami di Instagram, Facebook dan WhatsApp kerana saya dan suami berada di Kota Bharu dari pagi semalam kerana anak suami yang bernama Danish Edry yang dijaga ibunya yang berumur 12 tahun ini kemalangan motor," tulisnya di akaun Instagram miliknya, @abby_abadi112.

Sementara itu, Abby berkata, dia mendapat tahu keadaan anak tirinya itu agak teruk.

"Agak teruk juga keadaannya. Mohon doa kalian ya agar anak ini cepat sembuh. #AllahUjiSebabSayang. Tak dapat nak kongsi lebih sebab tak banyak maklumat. Sebarang pertanyaan boleh tanya terus pada suami saya. Sekian," katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, para pengikut beliau mendoakan agar anak tirinya dapat pulih seperti sediakala.

anak tiri abby abadi kemalangan 2

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)