Kredit foto: Instagram Norman Hakim

Aktor Norman Hakim menerusi laman Instagramnya, @normanhakim_786 mendedahkan berita gembira tentang kehamilan isterinya, Memey Suhaiza.

Namun, dalam kenyataan itu, Norman berkata, dia adalah orang yang terakhir dimaklumkan tentang berita tersebut.

"Alhamdulillah keluarga besar kami yang keenam. Terima kasih kepada semua untuk segala ucapan dan doa yang baik-baik. Semoga segala kebaikan juga akan berbalik semula kepada semua. Aamiin Ya Rabb.

"Rupa-rupanya saya orang yang terakhir tahu dan Mama Abby Abadi dan anak-anak semua dah tahu awal sebelum ni.

"Tak tahu nak cakap macam mana, tapi macam boleh rasa 'pembawakan' itu sejak 2 minggu yang lepas. ‘Rasa' itu tak pernah bohong. Kali ni 'rasa' sama macam masa Marissa Dania dalam kandungan dahulu.

"Lebih kepada diri sendiri yang 'kena' berbanding ibu yang mengandung. Tak nak cerita di sini, biarlah mama dia yang cerita sendiri," tulisnya di kapsyen. 

norman hakim orang terakhir tahu memey hamil 2

Kredit foto: Instagram Norman Hakim

Rata-rata peminat menerusi ruangan komen meluahkan rasa gembira mendengar khabar mengejutkan itu.

Dalam masa sama, mereka mendoakan agar Memey dan kandungannya berada dalam keadaan sihat sehingga ke hari kelahiran.

norman hakim orang terakhir tahu memey hamil 3

Kredit foto: Instagram Norman Hakim

Menerusi perkahwinan bersama Abby Abadi, Norman menerima tiga zuriat iaitu Mohamed Danish Hakim, 14, Marissa Dania Hakim, 12, dan Maria Danisha Hakim, 9 tahun.

Manakala, bersama Memey, dia dikurniakan Muhammad Darwisz Hakim, 4, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 2.

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)