Kredit foto: Instagram Abby Abadi

Aktres Abby Abadi mengumumkan dirinya sudah meninggal dunia dalam sebuah kiriman Instagram pagi tadi.

Abby bagaimanapun memberitahu kapsyen yang ditulis itu hanyalah sekadar peringatan kepada netizen tentang hari kematian.

Beliau mengajak para pengikutnya menilai kembali amalan yang dibuat sepanjang hidup di dunia.

"Bayangkan status di atas ditulis oleh waris kita. Sudah bersediakah kita bertemu dgn sakaratul maut? Apa amalan yang telah kita usahakan selama hidup ini? Sudah cukup dan 100% puas hati?" tulisnya.

Malah, bekas pelakon drama bersiri Gerak Khas itu meminta para peminat memanfaatkan laman sosial dengan sebaiknya.

"Sementara bernafas ni. Jom sama-sama kita pastikan apa sahaja laman sosial yang kita ada, Instagram, Facebook, Twitter dan lain-lain terhindar dosa fitnah dan maksiat," katanya lagi.

peminat terkejut abby abadi umum meninggal dunia 2

Kredit foto: Mstar

Kiriman itu sehingga kini meraih lebih 7,500 tanda suka dan 160 komen.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mengakui berasa takut hingga meremang bulu roma membaca berita berkenaan, sebelum kembali tenang apabila mengetahui ianya tidak benar dan sekadar peringatan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)