Oleh pada 14 Mar 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Abby Abadi & Instagram Fazura

Gara-gara berkongsi kenyataan daripada Imam Muda Fakhrul pada Sabtu lalu tentang bahayanya penglibatan diri dalam tarian Panama Dance, aktres Abby Abadi dihentam peminat fanatik Fattah Amin dan Fazura.

Dalam sebuah kiriman terkini di laman Instagram, Abby, 40, menyayangkan sekeping foto paparan skrin mesej peribadi seorang netizen yang mengecamnya kerana isu itu.

"Maaf, nak tanya sikit, kenapa ya tetiba nak bangkitkan isu poco-poco, sebelum ni tak ada pula. Adakah niat nak perli majlis kahwin Fattzura?

"Kalau niat macam tu tak baguslah, selami ni hormat dekat awak tapi sekarang tidak sebab cara tu cari kesalahan, saya berada di majlis kahwin tu tak nampak pun mana silapnya.

"Fattzura hanya menari sekadar suka-suka untuk hiburkan tetamu bukan niat nak syirik atau menari Salib," tulis individu berkenaan.

abby abadi dikatakan dengki dengan fattah amin fazura 2

Kredit foto: Instagram Abby Abadi

Menerusi kapsyen, Abby atau Arbaiyah Abd Manan akui berasa pelik apabila dituduh bukan-bukan.

"Ni apa pula ni? Kawan-kawan tolong sembang (tegur) sekejap dengan yang tak puas hati dengan saya ni, saya sibuk cari rezeki kejap.

"Asal terasa saja kata saya dengki dekat artis tu, artis ni. Saya kongsi di sini supaya orang lain ambil pedoman dan jangan jadi macam ni juga, tak rajin nak layan sebab banyak tempahan di Whatsapp tak terjawab dik," cetusnya.

Sehubungan itu, para peminat memujuk agar Abby mengabaikan kecaman netizen, serta kembali fokus dalam perjuangannya untuk berdakwah dan menyebarkan ajaran agama.

abby abadi dikatakan dengki dengan fattah amin fazura 3

Kredit foto: Instagram Abby Abadi

"Kak Abby tegur umum bukan untuk sesiapa, tak salah mengajak kepada kebaikan dan teruskan berdakwah dan menyebarkan kata-kata baik anda.

"Kenapalah asyik nak fikir negatif saja pasal post Abby, banyak nasihat baik dikongsi, patut difikirkan secara positif. Apa dia kongsi itu sebelum majlis kahwin Fattzura lagi," komen beberapa netizen.

Terdahulu, Fattah dan Fazura meraikan peminat di majlis resepsi istimewa yang berlangsung di Royale Palace, Shah Alam pada Ahad.

Antara aktiviti yang diadakan dalam majlis berkenaan termasuk sesi bergambar dengan peminat, persembahan nyanyian dan segmen tarian poco-poco bersama pengantin.




Hakcipta iluminasi.com (2017)