norman hakim dan memey beri kejutan istimewa abby abadi malu 1

Kredit foto: Instagram Abby Abadi

Penyanyi Abby Abadi menerima kejutan daripada bekas suaminya, Norman Hakim dan isteri, Memey Suhaiza.

Norman dan Memey hadir dengan sebiji kek ke rumah Abby dan suaminya untuk meraikan ulangtahun kedua perkahwinan mereka.

Menerusi laman Instagram, Abby berkongsi video yang memaparkan momen itu berserta kapsyen luahan hatinya.

norman hakim dan memey beri kejutan istimewa abby abadi malu 2

Kredit foto: Instagram Abby Abadi

Terharu. Terima Kasih Oman dan Memey. Lain kali tak perlulah beri kejutan macam ni. Malu.

Menurut Abby, dia berasa malu apabila diraikan dalam kejutan oleh bekas suaminya. Namun Abby tetap mengakui Norman dan Memey adalah pasangan yang dilahirkan untuk hidup bersama, manakala dirinya hanyalah "peminjam" Norman sebelum menjadi hak milik kekal Memey.

norman hakim dan memey beri kejutan istimewa abby abadi malu 3

Kredit foto: Instagram Abby Abadi

Terima Kasih 'CINTA' untuk segalanya. Kau berikan lagi kesempatan ini. Saya malu dan tak suka diraikan. Mohon @normanhakim_786 dan @memeysuhaiza jangan buat lagi. Apapun terima kasih. Oman dan Memey memang diciptakan untuk bersama. Saya pinjam dulu sebab masa tu Memey kecil lagi. Suamiku @jaiezzany muah sikit. Doakan semoga termakbul percutian kita untuk ke Koh Sa Mui nanti.

Berikut kami kongsikan video sambutan majlis berkenaan.


tags : , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)