Gambar sekadar hiasan

Perubahan cara hidup membawa kepada bermacam perubahan yang berlaku di kalangan masyarakat.

Disebabkan keperluan untuk menjimatkan masa, sistem penghantaran makanan yang sebelum ini hanya berlaku dalam skala kecil-kecilan meledak sehinggakan menjadi satu amalan biasa ahli masyarakat.

Dilihat sebagai sesuatu yang positif bukan saja memudahkan orang ramai malahan mencipta peluang pekerjaan anak muda khasnya, amalan penghantaran makanan yang semakin komersial malangnya turut membawa kepada masalah yang semakin hari, semakin jelas isunya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kebanjiran orang kita menunggang motorsikal secara berbahaya menjadi satu masalah yang agak berleluasa.

Memandu sebelah tangan

penghantar makanan1

Penulis sudah acapkali memerhatikan satu tabiat yang mudah terlihat apabila melibatkan penunggang-penunggang penghantar makanan, baik daripada seragam hijau atau seragam merah jambu.

Ramai di kalangan mereka menunggang sambil mata cuba memerhatikan skrin telefon, dengan hanya sebelah tangan mengawal pergerakan motorsikal mereka.

Tidak tahulah apa yang sedang mereka lakukan; mungkin sedang menyemak aplikasi, mengesahkan alamat, memeriksa laluan atau cuba menghubungi tuan punya pemesan makanan - namun situasi tersebut sudah jadi satu pemandangan yang kerap berlaku di jalan raya kita.

Adakah benar ada keperluan untuk seorang penunggang penghantar makanan perlu memeriksa telefon pintar semasa memandu, sehinggakan terpaksa membahayakan diri sedemikian rupa?

Melanggar peraturan demi pelanggan?

rider penghantar makanan kemalangan

Satu lagi masalah yang seringkali berulang depan mata penulis sendiri, adalah bagaimana qda di kalangan penghantar makanan ini yang tidak lagi peduli keperluan untuk memberhentikan kenderaan semasa lampu merah.

Sudah beberapa kali kereta yang dipandu penulis terpaksa mengelak pemandu yang membawa beg besar di belakang motorsikal mereka. Nasib baiklah warna yang dipakai terang-terang belaka!

Adakah keperluan pelanggan untuk dapat makanan sepantas mungkin, melebihi harga nyawa anda sendiri?

Sikap segelintir penunggang ini yang sanggup bergolok gadai nyawa hanya untuk menjimatkan satu atau dua minit masa penghantaran, sangat wajar dielakkan.

Tolonglah. Janganlah bahayakan diri anda sendiri.

Sikap orang Malaysia yang nak cepat semua benda

lambakan rider penghantar makanan foodpanda grabfood shopeefood

Kami cuba utarakan kepada anda satu perbincangan; apa punca utama segelintir penghantar makanan di negara kita ini perlu mengambil risiko sedemikian rupa?

Adakah kerana sikap mereka sendiri yang tidak peduli pandangan orang lain terhadap mereka, terlalu mengejar jumlah komisyen agar cukup wang belanja?

Adakah kerana kita sendiri sebagai pelanggan, terlalu mendesak agar pesanan kita sampai segera - bila terlambat, ada antara kita mudah nak menyinga?

Adakah sistem aplikasi yang dikawal selia syarikat-syarikat ini sendiri yang memerlukan mereka bergegas ke mana-mana sehingga membahayakan nyawa? Pl

Penulis tak tahu tentang aplikasi dan syarat yang dikenakan syarikat ya jadi anggap ini satu pertanyaan.

Besar kemungkinan budaya penunggang penghantar makanan sanggup memperjudikan nyawa sendiri berlaku disebabkan gabungan kesemua faktor di atas, yang menyumbang kepada peningkatan risiko apabila bertambahnya bilangan 'rider' atas jalan raya.

kemalangan penghantar food panda grabfood

Tolonglah amalkan pemanduan yang selamat.

Berhenti jika perlu memeriksa telefon. Gunakan fon telinga jika perlu berbual dengan pelanggan.

Patuhi peraturan jalan raya. Amalkan pemanduan mengikut had laju.

Kita tidak mahu insiden-insiden dan tragedi akibat kecuaian sendiri melibatkan penghantar makanan terus dilapor di negara kita.

Bawa kereta, kereta balut kita. Bawa motorsikal, kita yang peluk motor. Jadi kenapa kita nak terus membahayakan nyawa?




Hakcipta iluminasi.com (2017)