Oleh pada 10 Apr 2023 kategori

Dalam zaman moden yang sibuk, kebanyakan ibu bapa memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke rumah pengasuh ketika mereka pergi bekerja.

Walaupun ini merupakan pilihan yang baik dan mungkin juga dibuat kerana tidak ada pilihan lain, terdapat banyak risiko yang harus dipertimbangkan dalam menyerahkan anak kandung sendiri kepada pengasuh yang perlu kita fikirkan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kes-kes kurang enak berkenaan kecuaian atau sikap tidak bertanggungjawab pihak pengasuh kerap dikongsikan. Apa agaknya faktor risiko yang wujud berkenaan isu ini?

Kurangnya latihan pengasuh

pengaruh dera kanak kanak ditahan

Semua orang boleh menjaga anak orang lain namun bukan semua orang berkemahiran menjaga anak-anak orang, daripada pagi sehingga ke petang.

Salah satu risiko yang mungkin berlaku apabila menghantar anak ke rumah pengasuh adalah kemungkinan pengasuh tersebut tidak mempunyai latihan dan mungkin juga kelayakan yang mencukupi, dalam menangani potensi masalah dan isu yang bakal timbul.

Kejadian salah laku dan kecelakaan yang berlaku di rumah pengasuh biasanya terjadi kerana pekerja/guru yang digajikan pengusaha tadika atau pengasuh itu sendiri tidak mempunyai pengetahuan dan latihan yang mencukupi dalam menguruskan anak-anak.

Realitinya, bukan mudah untuk sesebuah taska/tadika mendapatkan pekerja yang mahu bekerja dalam suasana yang agak mencabar mengawasi anak-anak kecil setiap hari.

Jadi pasti akan berlaku situasi di mana pengusaha mengambil sahaja mana-mana individu yang memohon jawatan itu, bagi memastikan kekosongan jawatan yang ada terisi.

Oleh itu sebelum memilih pengasuh, pastikan bahawa pekerja atau pengasuh itu mempunyai latihan yang mencukupi dalam menjaga anak-anak.

Anak sebenarnya kurang senang ditinggalkan

anak kecil taska tadika

Selain itu terdapat risiko berlakunya masalah emosi dan kesihatan mental kepada anak, apabila ditinggalkan di rumah pengasuh.

Kebanyakan anak-anak sebenarnya pasti merasa tidak selesa ditinggalkan ibu bapa sendiri dan ini boleh mempengaruhi kesihatan mental mereka. Sebagai ibu bapa, ramai di antara kita terpaksa mengambil jalan mudah, memujuk dan menyedapkan hati sendiri beranggapan anak kita bahagia di rumah asuhan.

Bagaimanapun pendapat ini samalah seperti kita menganggap pejabat kita mampu menggantikan kediaman kita. Tak sama kan?

Sebelum memilih rumah pengasuh pastikan anda memilih rumah pengasuh yang selesa untuk anak anda dan terbaik daripada aspek fasiliti. Tetapi tanam dalam kepala sendiri, sebaik-baik tadika, anak kita lebih selesa ada di rumah kerana rumah kita tiada gantinya. 

Bahaya dalam aspek keselamatan

anak kecil maryam digigit di taska

Risiko keselamatan fizikal merupakan antara risiko paling kita bimbangi, ketika meninggalkan anak ke rumah pengasuh.

Kejadian kemalangan domestik, sama ada disebabkan jatuh, bergaduh dan sebagainya boleh berlaku tanpa diduga. Yang paling ditakuti, kalau pengasuh atau penjaga yang ada sebenarnya kaki dera bukan saja dera fizikal bahkan suka mendera secara mental.

Kita semua sedar risiko apa yang boleh berlaku sekiranya ramai kanak-kanak kecil ditempatkan di satu tempat dalam tempoh yang lama. Anak kena gigit, kena pukul dengan kawan, itu semua ada masanya perlu kita anggap perkara biasa.

Tetapi ada juga faktor penambah lain yang kurang kita ceritakan, menyumbang kepada peningkatan risiko yang ada.

Sekiranya rumah pengasuh sendiri menempatkan anak-anak pengasuh atau penjaga yang lebih besar, anak-anak kecil yang ditumpangkan terdedah kepada risiko berbeza pula. Penjaga juga ada kemungkinan membela binatang kesayangan yang mengakibatkan anak-anak anda terdedah kepada risiko yang lebih tinggi.

Manusia boleh merancang tetapi hanya Tuhan yang menentukan. Sebaik-baik usaha kita, jika sesuatu perkara tu nak jadi, akan terjadilah ia.

Seorang pengasuh kena jaga ramai budak

taska tadika

Selain risiko yang telah disebutkan di atas, terdapat juga risiko bahawa pengasuh tidak dapat memenuhi keperluan dan keperluan khas anak anda disebabkan tangan mereka yang 'penuh.'

Anak anda mungkin ada keperluan khas seperti diet tertentu atau keperluan perubatan; pengasuh pula ada kemungkinan tidak sempat untuk menangani keperluan tersebut sehingga tidak dapat memberikan tumpuan yang betul kepada anak anda.

Memang tak menang tangan bertugas sebagai pengasuh atau penjaga ni. Letih dan mencabar kerjanya!

Satu risiko yang kita jarang nak cerita, adalah masalah yang timbul daripada ibu bapa sendiri. Ini kerana ada segelintir penjaga gemar mengamalkan sikap suka 'kecoh-kecoh' dalam bab penjagaan anak. 

Dia nak penjaga beri tumpuan lebih kepada anak dia. Dia nak pengasuh tangkapkan gambar anak dia dan kongsi di Whatsapp. Dia kerap nak tau apa anak dia tengah buat. Macam dia ingat penjaga tu jaga anak dia seorang pulak dah.

Sedangkan ramai lagi ibu bapa yang diam saja, redha saja dengan apa akan berlaku dan menyerah saja percaya dengan kemampuan penjaga menangani semua dugaan yang menghadir.


Begitulah secara ringkas risiko yang kami nampak.

Dengan memilih pengasuh yang berkualiti dan mempunyai latihan yang mencukupi, kita boleh mengurangkan risiko yang boleh terjadi ketika menghantar anak ke rumah pengasuh.

Memang banyak risiko yang tidak mampu kita kawal timbul berkenaan isu ini. Apa yang boleh kita kawal adalah tindakan kita sendiri. Kita semua tahu beban kerja pengasuh memang berat, jadi kita sebagai ibu bapa jadilah ibu bapa yang memudahkan tugasan mereka.

Sebagai contoh, kalau setiap hari kita saja yang lambat ambil anak melebihi masa yang ditetapkan, pengasuh akan kurang masa rehat mereka. Kelewatan kita sebenarnya turut memberi kesan kepada semua yang terlibat kan?

Itu pun boleh dikira sebagai risiko juga.




Hakcipta iluminasi.com (2017)