Oleh pada 21 Jul 2017 kategori

Kredit foto: biskutmanis.com 

Pelawak Ajak Shiro akui tidak berasa cemburu dan terkilan kerana tidak diberitahu oleh rakannya, Shahrol Shiro akan kerjaya terbaru beliau sebagai penyampai radio Suria FM.

Menurut Ajak, dia memahami tindakan rakannya itu memandangkan dirinya sendiri pernah melakukan hal yang sama atas arahan pihak pengurusan.

shahrol rahsiakan jadi penyampai radio ini respon ajak 2

Kredit foto: Instagram Ajak Shiro

Saya tahu dia jadi penyampai radio pada hari pertama dia diumumkan secara rasmi. Saya terkejut tetapi saya faham mengapa dia tidak kongsi berita tersebut lebih awal. Saya dulu pun begitu, saya tidak beritahu kepada sesiapa kerana mengikut kehendak pengurusan yang mahu perkara tersebut disorokkan terlebih dahulu sebelum mengumumkannya secara rasmi kepada umum. Jadi perkara tersebut adalah biasa dan tidak ada isu kecil hati, cemburu atau rasa ketinggalan, sebaliknya saya gembira dan bangga.

Sumber: Astro Gempak

Ajak ditemui di percutian Fly FM, Hot FM dan Kool FM bersama media di Lombok, Indonesia.

Mengulas mengenai lambakan pelawak yang diberi tugas sebagai penyampai radio, Ajak menganggap ia sebagai perkembangan yang positif. 

Malah persaingan yang hadir antara mereka juga adalah sihat.

shahrol rahsiakan jadi penyampai radio ini respon ajak 3

Kredit foto: Instagram Ajak Shiro

Saya nampak perkara ini sebagai sesuatu yang positif kerana sekurang-kurangnya orang di luar sana nampak kebolehan dan kelebihan kami serta tidak terhad kepada berlawak semata-mata. Di kalangan kami juga, tidak pernah timbul sebarang isu kerana masing-masing menjalankan tugas masing-masing. Kalau bersaing pun, persaingan yang wujud itu sihat.

Sumber: Astro Gempak

Tambah Ajak, dia kini selesa bergelar penyampai radio dan berhajat menjadikan pekerjaan itu sebagai kerjaya tetap. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)