Oleh pada 10 Apr 2019 kategori

Wafel merupakan sejenis sajian yang diperbuat daripada bater atau doh yang dipukul dan dimasak di antara dua acuan lempeng yang dipetakan bagi memberi kesan, bentuk dan permukaan yang tersendiri.

Terdapat pelbagai variasi wafel yang dibuat bergantung kepada acuan yang dipakai.

Wafel dinikmati di seluruh dunia, terutamanya di negara asalnya Belgium dimana terdapat lebih daripada sedozen jenis wafel yang dibuat dari rantau ke rantau.

Wafel dapat dihasilkan sama ada secara segar ataupun dipanaskan setelah dimasak secara komersial lalu dibekukan.

Wafel boleh dinikmati dengan begitu sahaja (terutamanya jenis nipis) atau dinikmati dengan pelbagai bahan hiasan, seperti mentega, cip coklat, epal mentega, dulce de leche, buah-buahan (pisang, bluberi, boysenberi, raspberi, beri hitam, strawberi dan sebagainya), madu, jem, sapuan coklat, mentega kacang, sirap (sirap mapel, sirap coklat, karamel dan sirap berperisa), krim putar dan gula aising.

 

Wafel

 

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum (3 cawan) - pemilik resepi guna tepung cap Ros

➡ Campurkan tepung jagung (sesudu besar), tetap 3 cawan tepung. Boleh juga cuba tepung cap Tank.

  • Air (2 ¹/² cawan) - air sejuk peti ais
  • Minyak masak (1 cawan) - jangan terlalu penuh, 3/4 sahaja

➡ Pemilik resepi guna minyak jagung.

  • Telur (2 biji) - pemilik resepi guna gred A
  • Esen vanila
  • Susu tepung (2 sudu besar)
  • Gula (3 sudu besar)
  • Garam (1 sudu kecil)
  • Serbuk penaik (2 sudu kecil) - boleh dilebihkan
  • Baking soda (soda penaik) (1 sudu kecil)

 

Cara penyediaan:

1. Kisar atau mixer sahaja semua bahan-bahan ini.

Nota: Pemilik resepi 'whisk' sahaja kerana ia laju sedikit dan beliau malas untuk membasuh pengisar.

2. Panaskan dahulu acuan sebelum letak bancuhan dan boleh letak macam-macam perisa kegemaran.

 

Tips lain :

✔ Pastikan selepas masak, letakkan atas jaring jaring. Jangan letak dalam pinggan terus kerana ia akan menjadi seperti ada wap (basah).

✔ Jika menggunakan waffle maker, bukan sekali padam lampu terus masak. Buka dan tengok. Jika masih putih bahagian bawah, bermaksud kurang masak. Bagi garing coklat baru enak.

✔ Jangan isi terlalu banyak, ia akan susah tutup. Anggaran satu senduk kecil untuk setiap suku bulat waffle maker dan tutup semua besi-besinya sahaja.

wafel 2

 

Nota:

✔ Wafel ini garing ketika panas. Apabila sejuk, lembut sehingga petang.

✔ Lebih kurang 4 kali masak untuk separuh adunan resepi di atas.

✔ Pemilik resepi ubah ukuran resepi asal mengikut ukuran matrik.

 

Doakan anak pemilik asal resepi yang terkena penyakit kulit sembuh sepenuhnya.

 

Sumber:

1. Nafishah Nan [1, 2]

2. Norizan Mamat [1, 2]

3. Wikipedia Wafel




Hakcipta iluminasi.com (2017)