Oleh pada 31 May 2019 kategori

Ikan bakar adalah sebuah menu ikan yang dibakar menggunakan arang.

Ia dikategorikan dalam hidangan Indonesia, Malaysia dan pelbagai negara Asia Tenggara lain.

Lazimnya, ikan diperap atau disapu dengan rempah dan kadangkala sambal belacan, lalu dipanggang.

Kadangkala, daun pisang diselit di antara sajian tersebut dan pinggan hangat.

Apa kata anda mencuba resepi ini untuk dinikmati seisi keluarga. Pasti menjadi suatu kelainan.

 

Ikan Talapia Bakar

 

Sambal untuk perap ikan

Bahan-bahan untuk 3 ekor ikan talapia:

  • Bawang besar (2 biji)
  • Bawang putih (5 ulas)
  • Bawang holland (1 biji)
  • Halia dan lengkuas (1 inci)
  • Belacan (1 inci)
  • Serai (2 batang)
  • Lada kering (1 atau 2 genggam) - direbus, lebihkan jika mahu lebih pedas

Kisar semua bahan di atas.

Cara penyediaan:

1. Panaskan kuali dan letak minyak (jumlah agak-agak) untuk menumis bahan-bahan yang telah dikisar.

2. Tumis dengan api perlahan dan apabila telah pecah minyak, perasakan dengan gula, garam, ajinomoto (optional) dan madu. Agak-agak sudah cukup rasa, boleh tutup api. Siap.

3. Tunggu sehingga sejuk baru boleh salutkan pada ikan. Biarkan lebih kurang 15-25 minit, kemudian baru bakar. Balut dengan daun pisang lebih sedap.

ikan talapia bakar 1

 

Nota:

✔ Resepi ini ala-ala sebuah restoran ikan bakar yang terkenal di Tanjung Lumpur, Kuantan. Namun, petai tidak diletak.

✔ Pemilik resepi kebiasaannya menggunakan ikan talapia atau siakap.

 

Sumber:

1. Puan Ayuu [12]

2. Wikipedia Ikan bakar




Hakcipta iluminasi.com (2017)