Daging masak merah ala Thai merupakan sebuah menu terkenal kegemaran ramai. Tidak hairanlah kalau ia menjadi antara menu 'wajib' yang selalu dipesan terutamanya di restoran Thai.

Namun, antara perkara yang kurang digemari kalau anda makan di luar adalah terdapat tukang masak yang menggunakan pewarna secara berlebihan.

Ini menyebabkan daging tersebut menjadi sangat merah sehinggakan pelanggan hilang selera untuk memakannya.

Malah, minyak yang berlebihan turut digunakan oleh sesetengah kedai makan dalam hidangan ini.

Apa yang lebih mengecewakan, daging yang disediakan hanya sedikit sahaja dan selebihnya adalah bawang.

Untuk mengelakkan perkara ini terjadi, solusi terbaik ialah dengan anda memasaknya sendiri di rumah.

 

Daging Masak Merah Ala Kedai Tomyam

daging masak merah ala kedai tomyam

Kredit foto: Sania Weina

 

Bahan-bahan:

  • Daging batang pinang (seketul)
  • Pewarna merah

 

Rebus daging tersebut dengan air dan pewarna merah cap Bintang, jangan guna sirap ya. Rebus sebentar sahaja kerana daging batang pinang sememangnya sudah lembut.

 

Bahan hiris:

  • Hirisan daging
  • Bawang holland
  • Bawang putih
  • Cili merah
  • Cili padi
  • Tomato
  • Halia

 

  • Sos cili botol
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Cili boh
  • Nampla (sos ikan/sos sotong)
  • Garam
  • Lada putih
  • Lebihan air rebusan daging

 

Rebus daging dengan pewarna merah dan hiris halus. Jangan sesekali gunakan sirap. Goreng daging sebentar dan letak tepi.

 

Cara penyediaan:

1. Tumis cili boh. Setelah agak pecah minyak, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, nampla dan stok daging.

2. Tumis sehingga kuah pekat. Masukkan bahan hiris dan akhir sekali, masukkan daging.

3. Apabila semua telah bergaul, masukkan garam dan serbuk lada putih.

4. Tabur daun bawang dan daun sup apabila dihidang.

  

daging masak merah ala kedai tomyam 1

 

Nota: Pemilik resepi tidak menggunakan ajinamoto atau perasa tambahan. Jika mahu, boleh letak sendiri mengikut keserasian rasa.

 

Untuk melihat lebih banyak resepi, boleh buat carian #resepifbsaniaweina atau pergi ke Facebook Sania Weina

 

Sumber:

1. Sania Weina [12]

2. Fiza's Cooking (fizalgk.blogspot.com) [12]



Hakcipta iluminasi.com (2017)