resipi ayam goreng ala mcd

Kredit foto: Erma Hisham (gambar di atas bukan menggunakan resepi di bawah)

Fenomena ayam goreng McD memang menjadi bualan ramai. Namun, ramai tidak tahu yang ia sebenarnya boleh dimasak sendiri. Untuk mendapat rasa yang betul-betul sama, mungkin mustahil. Tetapi tidak salah rasanya kalau mahu cuba buat sendiri tatkala duit poket semakin menipis di waktu hujung bulan.

Buat penggemar ayam goreng McD di luar sana, kami di Iluminasi berkongsikan anda resepinya. Apa yang menarik, anda boleh sahaja menambah kepedasan mengikut selera anda sendiri.

Bahan-bahan

  • ayam
  • tepung jenama Bestari
  • tepung gandum
  • tepung beras
  • serbuk cili (jika perlu)                                                                                                            
  • minyak masak

ayam goreng ala mcd 1

Resepi ini tidak memerlukan garam kerana tepung Bestari itu sudah masin

Cara-cara membuat:

1. Bancuh tepung Bestari bersama air sahaja. Bancuh sampai jadi sederhana pekat (ikut pada kuantiti ayam).

2. Masukan ayam dalam bancuhan tepung tadi dan perap. Semakin lama perap, semakin lembut isi ayam dan rasa pedas akan serap dalam isi ayam. Tips: Pemilik resepi perap 5 jam.

ayam goreng ala mcd 2 212

3. Sediakan tepung untuk salutan pula.

4. Campurkan tepung Bestari yang belum dibancuh dengan air dengan tepung gandum dan tepung beras. Tips: Pemilik resepi tiada sukatan yang tetap. Main agak-agak sahaja. Anggaran 1 senduk tepung bestari 1 senduk tepung gandum 1 1/2 senduk tepung beras seperti dalam gambar. Jika mahu pedas, campur serbuk cili seperti dalam gambar.

ayam goreng ala mcd 3 808

5. Kemudian ambil ayam yang telah diperap tadi masuk dalam campuran tepung kering dan salutkan serata. Buat seketul-seketul kerana kalau buat banyak-banyak akan jadi tak cantik dan tak bersalut. Jadi, kena bersabar ketika bedakkan ayam tersebut.

ayam goreng ala mcd 4

ayam goreng ala mcd 5

6. Masukkan ayam yang sudah bersalut tadi dalam minyak panas. Lebih bagus jika goreng dalam periuk kerana minyak sekata dan ayam terendam. Tidak perlu gaul-gaul banyak kali. Biarkan ayam tersebut masak dengan tenang.

ayam goreng ala mcd 6

Tips: Semasa goreng dalam periuk atau kuali, boleh masukkan 3-4 ketul. Jangan terlalu banyak. Bergantung kepada saiz tempat masak tersebut.

7. Selepas warna ayam tersebut menjadi agak kekuningan, bermaksud ia telah masak. Angkat dan hidangkan.

ayam goreng ala mcd 7

Tips: Tepung Bestari ni sememangnya pedas. Jika tidak suka pedas, boleh cari jenis yang tidak pedas.

Sumber: Noraslina Harun

Nota: Jika anda mahu warnanya menjadi seperti ayam goreng McD seperti dalam gambar paling atas sekali, anda perlu campurkan pewarna di bawah. Selamat mencuba!

ayam goreng ala mcd 8

Kredit foto: Erma Hisham

tags : , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)