Oleh pada 19 Apr 2019 kategori

Emping oat dibuat daripada bijian oat yang telah dibuang sekamnya dan dikukus, lalu digulung menjadi kepingan rata di bawah pencanai berat dan dibakar ringan.

Emping oat yang dijual bagi dijadikan bubur lazimnya telah dikeluarkan brannya yang keras. Empingan ini sering namun tidak selalunya, dibakar ringan, dimasak dalam tekanan tinggi atau "diproses" dalam beberapa cara yang tersendiri.

Emping oat tebal lebih besar kepingannya daripada emping oat nipis yang cenderung berpecah-pecah. Emping oat yang dibuat terus daripada bijian penuh tanpa proses berikutnya boleh dimasak menjadi bubur dan dinikmati (oat "lama").

Namun empingan oat yang lebih berpecah-pecah dan diproses menyerap air dengan lebih senang, seterusnya masak lebih cepat menjadi bubur, kadang-kadang disebut oat "cepat" atau "segera". Emping oat adalah bahan utama granola dan muesli.

Emping oat dapat diproses menjadi serbuk kasar yang menjadi tebal sup sebaik dimasak. Serbuk oatmela yang lebih halus oatmeal kerap digunakan sebagai makanan bayi.

 

Overnight Oats

 

Overnight Oats Dengan Epal

overnight oats dengan epal

 

Bahan-bahan:

  • Rolled oats (4-5 sudu besar)
  • Susu segar/susu rendah lemak (100ml)
  • Madu (1 sudu)
  • Kismis (7-9 biji) - sunnah nombor ganjil
  • Epal hijau (separuh)

 

Cara penyediaan:

Campurkan bahan-bahan di atas dan biarkan dalam peti sejuk semalaman atau 4 jam.

 

Nota: Ia enak dimakan pada waktu pagi.

 

Overnight Oats Dengan Anggur

overnight oats dengan anggur  

 

Bahan-bahan:

  • Rolled oats (4-5 sudu besar)
  • Susu segar/susu rendah lemak (100ml)
  • Madu (1 sudu)
  • Kismis (7-9 biji) - sunnah nombor ganjil
  • Anggur hijau (5-6 biji)
  • Greek yogurt (1 sudu besar)

 

Cara penyediaan:

Campurkan bahan-bahan di atas dan biarkan dalam peti sejuk semalaman atau 4 jam.

 

Overnight Oats Dengan Kacang

overnight oats dengan kacang

 

Bahan-bahan:

  • Rolled oats (4-5 sudu besar)
  • Susu segar/susu rendah lemak (100ml)
  • Hershey's chocolate syrup (1 sudu kecil)
  • Chia seeds (1 sudu kecil)
  • Kismis (7-9 biji) - sunnah nombor ganjil
  • Pumpkin seeds (1 sudu besar)
  • Hazelnut (1 sudu besar)
  • Greek yogurt (1 sudu besar)

 

Cara penyediaan:

Campurkan bahan-bahan di atas dan biarkan dalam peti sejuk semalaman atau 4 jam.

 

Nota: Ia enak kerana terdapat kacang sahaja. Untuk lebih rangup, letakkan kacang ketika mahu makan.

 

Overnight Oats Dengan Kacang, Anggur Hijau dan Epal

overnight oats dengan kacang anggur hijau dan epal  

 

Bahan-bahan:

  • Rolled oats (4-5 sudu besar)
  • Susu segar/susu rendah lemak (100ml)
  • Hershey's chocolate syrup (1 sudu kecil)
  • Chia seeds (1 sudu kecil)
  • Kismis (7-9 biji) - sunnah nombor ganjil
  • Pumpkin seeds (1 sudu besar)
  • Hazelnut (1 sudu besar)
  • Greek yogurt (1 sudu besar)
  • Epal hijau (suku)
  • Anggur hijau (3 biji)

 

Cara penyediaan:

Campurkan bahan-bahan di atas dan biarkan dalam peti sejuk semalaman atau 4 jam.

 

Overnight Oats Dengan Anggur Hitam

overnight oats dengan anggur hitam  

 

Bahan-bahan:

  • Rolled oats (4-5 sudu besar)
  • Susu segar/susu rendah lemak (100ml)
  • Chia seeds (1 sudu kecil)
  • Kismis (7-9 biji) - sunnah nombor ganjil
  • Greek yogurt (1 sudu besar)
  • Anggur hitam (5-6 biji)

 

Cara penyediaan:

Campurkan bahan-bahan di atas dan biarkan dalam peti sejuk semalaman atau 4 jam.

 

Nota: Sarapan pagi yang boleh dimakan di mana sahaja, termasuk ketika berada di lampu isyarat.

 

Overnight Oats Dengan Buah Delima dan Kiwi

overnight oats dengan buah delima dan kiwi  

 

Bahan-bahan:

  • Rolled oats (4-5 sudu besar)
  • Susu segar/susu rendah lemak (100ml)
  • Chia seeds (1 sudu kecil)
  • Kismis (7-9 biji) - sunnah nombor ganjil
  • Greek yogurt (1 sudu besar)
  • Delima (1 sudu besar)
  • Kiwi (sebiji)

 

Cara penyediaan:

Campurkan bahan-bahan di atas dan biarkan dalam peti sejuk semalaman atau 4 jam.

 

Nota: Menurut pemilik resepi, ia terlalu enak.

rolled oats

Inilah rolled oats yang digunakan. Lebih enak kerana tidak 'bertepung' seperti yang segera. Harganya RM10.50.

greek yogurt

Ini pula greek yogurt yang digunakan. Sangat masam tetapi apabila dicampur dengan oats dan susu, rasanya menarik seperti air yogurt.

 

Nota: Hidangan ini sememangnya membantu mengurangkan berat badan, melawaskan dan mengawal kolestrol. Malah, ia juga mengenyangkan.

 

Sumber:

1. Cuckoo Izz [1, 2]

2. Wikipedia Emping Oat




Hakcipta iluminasi.com (2017)