Kek lumut adalah antara kek yang istimewa disebabkan berwarna hijau lumut.

Ia berasal dari negeri Sarawak.

Kek lumut dikukus selama 3 jam setengah untuk memperolehi warna lumut tersebut.

Semakin lama ia disimpan, semakin enak rasanya.

Kek Lumut

  

kek lumut 

 

Bahan-bahan:

  • Telur (6 biji)
  • Mentega unsalted (250 gm) - pemilik resepi menggunakan Buttercup
  • Susu pekat (1 tin)
  • Horlicks (1 tin)
  • Kaya (1 cawan kecil)
  • Nestum ( ½ tin) - dikisar
  • Esen vanila
  • Tepung gandum (1 tin)
  • Perisa pandan (3 sudu besar)
  • Pewarna hijau – pemilik resepi gunakan jenama Star

 

Nota: Bagi sukatan tin diukur menggunakan tin susu pekat.

 

Cara-caranya:

1. Masukkan mentega dan pukul sampai kembang

2. Selepas itu, masukkan telur satu persatu (anggaran setiap 1 putar dalam masa 2minit )

3. Masukkan juga esen vanilla perisa pandan dan juga pewarna hijau. Putar lagi.

4. Masukkan pula susu pekat horlicks, kaya dan juga nestum sekali

5. Kemudian, masukkan tepung gandum. Gaulkan kesemuanya sehingga sebati

6. Setelah selesai, masukkan adunan ke dalam loyang/tipuware. Pastikan jangan sampai penuh , sebab kek ni akan naik walaupun tiada bahan penaik digunakan. Sila tutup kek dengan alluminium foil/plastik wrap. Hentakkan sedikit loyang lalu kukus dengan menggunakan api yang sederhana selama 3 - 6 jam.

7. Pemilik resepi memilih untuk mengukus kek selama 3 jam lebih sahaja.

  

kek lumut 1 

 

Sumber:

1. Nor Hairiyah Hassim [12]

2. emajalah2u (e-majalah2u.blogspot.com) [1, 2]


tags : , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)