Oleh pada 30 Jun 2019 kategori

Karipap cendawan cheese merupakan sebuah pastri yang lazat dan rangup. Ia mempunyai inti yang berkrim dan padat dengan isi ayam dan cendawan.

Modal untuk membuat seketul kuih karipap jenis ini boleh mencecah RM1.20. Apatah lagi jika dibeli, tentunya ia lebih mahal bukan? 

Untuk mendapatkan kulit karipap yang licin, ketika menggoreng, jangan tunggu sehingga minyak betul-betul panas baru mahu masukkan karipap. Sebaliknya, masukkan ketika minyak baru mahu menjadi panas betul.

Karipap Cendawan Cheese

Bahan-bahan:

  • Cendawan shitake (1 pek)
  • Bawang besar (3 biji) - dicincang
  • Isi ayam (3 ketul) - dipotong dadu
  • Lada sulah (1 sudu besar)
  • Slice cheese (4)
  • Mentega/marjerin (1 sudu besar)
  • Susu full cream (1 cawan)
  • Instant sup cendawan (1 pek)
  • Pati ayam (1 kiub)

Cara-cara penyediaan:

1. Sediakan doh kulit karipap, boleh ikut mana-mana resepi kulit karipap.

2. Rendamkan cendawan shitake sehingga kembang. Kemudian, potong dadu.

3. Tumis bawang sehingga garing dengan kuantiti minyak sederhana. Jangan terlalu banyak minyak.

4. Masukkan ayam dan gaul sebati. Kecilkan api dan masukkan cendawan.

5. Perlu sentiasa kacau untuk mengelakkan cendawan hangus. Masukkan lada sulah dan kacau sebati. Padam api dan ketepikan.

6. Dengan menggunakan cara double boil, cairkan cheese dan mentega bersama susu.

7. Apabila cheese dan mentega sudah cair, masukkan instant sup cendawan dan kiub pati ayam. Kacau sehingga sebati.

8. Curahkan sup cendawan tersebut ke dalam kuali ayam dan cendawan shitake tadi. Masak sehingga kuah menjadi pekat.

9. Letakkan inti cendawan cheese tadi ke dalam doh kulit karipap dan goreng.

karipap cendawan cheese 1

karipap cendawan cheese 2

karipap cendawan cheese 3

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Bella Nabila [12]

2. Haeda's Recipe (haedacungs.blogspot.com) [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)