Oleh pada 06 Feb 2020 kategori

Terung berinti merupakan sejenis juadah yang boleh dinikmati dengan nasi atau sebegitu sahaja. Ia juga boleh dicicah dengan sos.

Disebabkan mempunyai rasa yang tidak pedas, ia boleh dimakan oleh sesiapa sahaja termasuk golongan kanak-kanak. Jika gemarkan hidangan pedas, anda boleh tambahkan cili padi potong atau menikmatinya dengan sambal kicap.

Terung Berinti

Bahan-bahan:

  • Terung panjang (1 atau 2)
  • Ayam kisar (1 bungkus)
  • Crab stick (3 atau 4 batang)
  • Bawang besar (suku atau setengah biji)
  • Bawang putih (2 ulas)
  • Telur (2 biji)
  • Daun bawang dan daun sup (sedikit)
  • Serbuk lada putih/lada sulah
  • Serbuk cukup rasa
  • Garam

Cara-cara penyediaan:

  1. Potong terung secara bulat dengan anggaran tebal 1/2 cm.
  2. Buang biji terung dan rendamkan terung yang telah dipotong dalam air garam.
  3. Potong bawang besar, bawang putih dan crab stick dengan potongan dadu halus.
  4. Potong daun sup dan daun bawang.
  5. Gaul bahan yang dipotong tadi dengan isi ayam kisar.
  6. Masukkan telur dan serbuk lada putih (lada sulah).
  7. Perasakan dengan serbuk cukup rasa dan perap selama lebih kurang 5 minit supaya sebati.
  8. Panaskan sedikit minyak atau mentega dalam kuali.
  9. Grillkan terung dan letakkan isi ayam di bahagian tengah yang kosong tadi.
  10. Setelah agak sudah perang, terbalikkan terung dan biarkan seketika sehingga masak. Siap untuk dihidang.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Diaz Yushazlina [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)