Tempe merupakan makanan kacang soya yang sangat popular di Asia Tenggara dan berasal daripada suku Jawa (Indonesia).
Biarpun ia selalu dikaitkan dengan tauhu, tempe sebenarnya sangat berbeza.
Proses penapaian memberikan tempe banyak zat dan komponen rasa yang tidak terdapat dalam tauhu.
Sebagai contoh, ia memiliki rasa yang lebih kuat dan tekstur yang lebih keras berbanding tauhu.
Tempe turut popular di Malaysia dan amat popular terutamanya di daerah Klang disebabkan ramai penduduk yang berasal dari Indonesia telah mempopularkan hidangan ini.
Tempe khas juga boleh diperbuat daripada kekacang jenis lain, atau juga mengandungi campuran kacang dan bijiran.
Tempeh bongrek merupakan tempe Indonesia yang disediakan dengan campuran kelapa.
Tempe jenis ini kadang-kadang tercemar dan organisma yang tidak diingini menghasilkan toksin daripada kelapa.
Masalah ini tidak dihadapi oleh tempe yang diperbuat daripada kacang atau bijirin.
Apabila tempe kacang atau bijirin memiliki warna, tekstur, dan bau yang betul, ia adalah petunjuk penting bahawa hasil tersebut adalah selamat.
Di dapur, tempe selalu disediakan dengan memotongnya kepada kepingan kecil, direndam dalam air garam, atau sos masin, dan digoreng dalam minyak.
Tempe goreng dapat dinikmati begitu sahaja, atau dicampur cili, sup, dan kuah.
Tempe memiliki banyak perisa yang telah digambarkan sebagai berkacang, berdaging, dan seperti cendawan.
Tempe dapat didingin beku dan tersedia di majoriti negara barat di pasaran etnik dan kedai makanan kesihatan.
Hasil soya peram lain adalah termasuk miso, douchi, natto dan oncom.
Tempe
Bahan-bahan:
- Tempe (6 kpg)
- Lada kering (20 tangkai) - anggaran
- Bawang putih (6 biji)
- Biji ketumbar (2 sudu ) - anggaran
- Gula melaka (sedikit)
- Gula pasir (3/4)
- Garam (1 sudu kecil)
- Minyak (3 senduk) - untuk menumis
Cara-cara membuat:
1. Tumiskan lada sehingga naik garing. Masukkan gula melaka, garam dan gula pasir.
2. Masukkan kesemua bahan tempe, kacang tanah dan bilis yang telah digoreng terlebih dahulu.
Nota: Pemilik resepi lebih suka lada tersebut ditumbuk supaya lebih garing dan enak.
Sumber: