Sup tulang merah atau stew gearbox merupakan sejenis masakan berkuah pekat yang terkenal di Singapura. Ia boleh dimakan bersama nasi atau roti perancis.

Gearbox kebiasaannya boleh dibeli di pasar borong atau pasar basah. Hidangan ini juga enak jika dicampurkan dengan bahagian ekor lembu.

Sup Tulang Merah (Stew Gearbox)

sup tulang merah

Bahan-bahan:

  • Gearbox (1 kg)
  • Daging (1 kg)
  • Cili kering (1 mangkuk) - dikisar
  • Tepung jagung (2 sudu) - dibancuh air
  • Sos cili (3 sudu besar)
  • Tomato puree (1 tin kecil)
  • Sos tiram (3 sudu besar)
  • Lobak merah - dipotong panjang
  • Kentang - dibelah 4
  • Kacang peas (1 tin)
  • Ketumbar, jintan manis, lada hitam, kulit kayu manis. Bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang - dikisar halus / ambil isi dalam sup bunjut untuk senang
  • Bunga lawang/kayu manis - tidak perlu dihancurkan
  • Bawang merah besar (3 labu) / bawang putih (5 ulas) / halia - dikisar
  • Serai - diketuk
  • Sup bunjut (3 bunjut)
  • Kiub pati lembu/ayam/ikan bilis
  • Garam (secukup rasa )

Cara-cara penyediaan:

  1. Rebus daging atau gearbox bersama halia hiris atau serai sehingga dagingnya empuk. Setelah lembut, ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bawang putih/merah/halia dan serbuk jintan (bahan kisar halus tadi). Apabila pecah minyak, masukkan rempah 4 sekawan. Masukkan tomato puree, gaul sebati dan masukkan cili kisar. Masukkan sos tiram atau sos cili. Masak sehingga betul-betul pecah minyak dan aroma tumisannya membangkit selera.
  3. Selesai menumis, masukkan kentang dan lobak merah. Masak sehingga empuk. Masukkan air rebusan daging, berserta daging dan gearbox. Masak sehingga mendidih. Akhir sekali, masukkan tepung jagung dan garam secukup rasa. Apabila telah cukup rasa, baru masukkan kacang peas dan gaul rata. Siap.

sup tulang merah 2

sup tulang merah 3

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Tengku RosElyza Raja Muhammad [12]

Sumber informasi:

1. Qhayana Wahid [1, 2]

2. Nur Hashimah [1, 2]

3. Rosmaliza Liza Arifin [1, 2]

4. Dowwe Md Nor [1, 2]



Hakcipta iluminasi.com (2017)