Oleh pada 13 Feb 2019 kategori

Telur masin adalah telur yang diawet dengan menggunakan garam untuk mengekalkan ketahanannya. Jenis telur masin yang paling terkenal merupakan telur itik.

Ini disebabkan kuningnya yang lebih besar, namun telur ayam juga dapat dijadikan sebagai telur masin.

Telur masin pernah menjadi hasil perdagangan penting orang-orang China yang mengembara ke luar negeri sebagai bahan bekal dan perdagangan.

Telur-telur ini disimpan di dalam tempayan lalu juga dijual setelah telur di dalamnya habis digunakan.

 

Telur Masin Homemade

 

Bahan-bahan:

  • Telur ayam (30 biji)
  • Garam kasar (1 kg)
  • Air secukupnya (agak-agak telur tersebut tenggelam)

 

Cara membuat:

1. Masukkan garam kasar dan air dalam periuk.

2. Masak atas api sehingga garam larut.

3. Sejukkan dahulu baru masukkan telur.

4. Rendam di tempat yang gelap selama 2 minggu (14 hari).

5. Selepas cukup 14 hari, boleh tukar air rendaman dengan air biasa.

6. Boleh disimpan dalam peti sejuk. Apabila terasa mahu makan, barulah ianya direbus.

telur masin homemade 1

 

Tips:

✔ Untuk telur kuning tersebut menjadi warna oren, ketika peram pastikan simpan di tempat yang gelap. Lebih gelap, lebih bagus. Pemilik resepi simpan dalam kabinet dapur.

✔ Letakkan 1 atau 2 sudu air abu bagi menjadikan telur kuning berkilat dan cantik apabila sudah sedia untuk dimakan. Tips ini didapati dari seorang rakan pemilik tips yang berbangsa cina. Namun, air abu tidak diletakkan dalam resepi ini.

 

Nota:

➡ Pemilik resepi menggunakan telur ayam sahaja kerana mahu berjimat.

➡ Untuk menghasilkan 30 biji telur masin, kosnya ialah telur gred B (RM9.20) + garam kasar 1 kg (RM0.80) = RM10+ (anggaran) 

 

Sumber:

1. Are Peace [12]

2. Noor Hidayah Hanapi [12]

3. Wikipedia Telur Masin




Hakcipta iluminasi.com (2017)