Oleh pada 06 Dec 2020 kategori

Menu ini perlu dibakar supaya rangup dan tidak cepat lemau. Ia boleh disimpan dalam bekas kedap udara supaya tahan lama.

Selain mentega, anda juga boleh menggunakan marjerin. Namun, penggunaan mentega menjadikan haslinya lebih wangi.

Untuk serbuk telur masin, ianya boleh dibeli di kedai bakeri. 

Corn Flakes Telur Masin

Bahan-bahan:

  • Corn flakes (1kg)
  • Cili kering (10 tangkai) - dipotong kecil-kecil
  • Buttercup (250 gram)
  • Serbuk telur masin (100 gram)
  • Daun kari - kuantiti mengikut citarasa
  • Gula kastor (5 sudu)

Cara-cara penyediaan:

  1. Guna kuali besar supaya mudah untuk gaul. Cairkan mentega dan masukkan cili kering, daun kari dan kemudian serbuk telur masin.
  2. Goreng sehingga berbuih halus. Kemudian, baru masukkan corn flakes dan gula kastor.
  3. Gaul sebati dengan cepat. Jika tidak, telur masin berketul. Setelah sebati, barulah tutup api.
  4. Kemudian, masukkan dalam dulang. Alas kertas minyak dahulu dan ratakan. Bakar dalam ketuhar selama 10 minit menggunakan suhu 150°c, api atas bawah. Siap. 

corn flakes telur masin 1

Resepi Bonus: Roti Sosej

roti sosej 4

Bahan-bahan:

  • Roti jenama Gardenia (10 keping) - digelek nipis
  • Sosej (10 batang) - direbus sebentar
  • Keju Cheddar (Cheddar cheese) (10 keping)
  • Corn flakes - dikisar halus untuk salutan

Tips: Boleh juga gunakan serbuk roti. Pemilik resepi gunakan corn flakes kerana lebih sedap dan rangup .

  • Telur (2 biji) - untuk melekatkan salutan

Cara-cara membuat:

  1. Gulungkan sosej bersama roti dan keju Cheddar.
  2. Golekkan roti dalam bancuhan telur.
  3. Golekkan roti yang sudah bersalut telur dengan corn flakes yang telah dikisar.
  4. Sedia untuk digoreng atau di sejuk bekukan.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi:

1. Ija Hafiza Ismail [1, 2]

2. Roazura Bahari [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)