Mungkin anda sudah biasa dengan menu ketam telur masin, apa kata anda cuba untuk membuat udang telur masin pula. Resepinya sama sahaja, tetapi kali ini udang dijadikan sebagai bahan utama.

Resepi menu ini amat ringkas namun kelazatan rasanya memang tidak dapat dinafikan. Telur masin tersebut yang lemak dan tidak terlalu masin kerana susu cair dan mentega telah diletakkan. Ditambah pula dengan kerangupan kulit udang, ia sememangnya suatu gabungan rasa yang cukup menarik. 

Bahan-bahan dan cara masakannya lebih kurang seperti menu butter prawn, kecuali bahagian jurai-jurai telur tersebut digantikan dengan telur masin yang dihancurkan. Ia enak dimakan dengan nasi panas.

Udang Telur Masin

udang telur masin

Bahan-bahan:

  • Udang
  • Tepung tempura
  • Daun kari
  • Telur masin
  • Mentega
  • Bawang putih
  • CIli padi - dihiris
  • Susu cair

Cara-cara penyediaan:

1. Salut udang dengan tepung tempura dan goreng sehingga garing. Ketepikan.

2. Hancurkan telur masin dan gaul sebati bersama susu cair.

3. Cairkan mentega di atas kuali dan tumis daun kari, bawang putih, cili padi dan sedikit garam.

4, Kemudian, masukkan telur masin yang telah digaul bersama susu cair.

5. Akhir sekali, masukkan udang tempura, gaul sebati dan siap untuk dihidang.

udang telur masin 1

udang telur masin 2

udang telur masin 3

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Wan LuQman [1, 2]

2. Teratak Mutiara Kasih (linapg.blogspot.com) [12]

3. Secubit Garam (secubitgaramnor67.com) [12]



Hakcipta iluminasi.com (2017)