Oleh pada 26 Dec 2018 kategori

Sos pencicah atau sambal ini amat lazat untuk dimakan dengan keropok lekor, popiah, kuih jemput dan macam-macam lagi. Selain itu, ia juga boleh dihidangkan dengan nasi minyak, nasi khao mok atau nasi ayam.

Antara tips supaya sos anda tahan lama ialah ia perlu dimasak dengan api perlahan selama 2 sehingga 3 jam. Apabila telah betul-betul sejuk, barulah anda masukkan ke dalam bekas dan tutup dengan kedap udara.

Jika anda mempraktikkan kedua-kedua tips di atas, Insya-Allah sos anda tahan selama berbulan-bulan.

Sos Pencicah Homemade

Kredit foto: Nellywaty Nooraini Azmi‎ (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)

Bahan-bahan:

  • RM1 cili kering (direbus dan ditoskan) - jika mahu lebih pedas, boleh tambah cili lebih
  • 2 labu bawang putih
  • 1 cawan cuka makan

Kisar bahan-bahan di atas

  • 1kg gula pasir
  • 2 sudu besar garam halus / kasar
  • 2 sudu besar bijan
  • 2 senduk tepung jagung / ubi kayu (dibancuh) - pemekat

Cara-cara penyediaan:

1. Didihkan gula dengan 1 jug air sehingga mendidih. Kemudian, masukkan bahan kisar tadi. Kacau sehingga sebati.

2. Kemudian, masukkan garam, bijan dan bancuhan tepung jagung tadi.

3. Tuang bancuhan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan dengan api perlahan. Kacau.

4. Biarkan seketika. Kemudian, kacau perlahan. Siap.

Resepi Bonus: Sos Steamboat Ala Johnny's

sos steamboat ala johnny s

Kredit foto: Laila Tony‎ (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)

Bahan-bahan;

  • 10 biji cili merah (cili besar)
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 sudu besar minyak bijan
  • 5 sudu besar sos ikan
  • 5 sudu besar cuka epal (jika tiada, cuka biasa pun boleh)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar pati Sunquick
  • 1/2 sudu kecil tepung jagung
  • 1 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu besar bijan (digoreng tanpa minyak)
  • Sedikit daun ketumbar (dihiris halus)

Cara menyediakannya:

1. Kisar cili merah dengan bawang putih sehingga halus.

2. Masukkan bahan kisar, minyak bijan, sos ikan, cuka, sos tiram, kicap dan Sunquick dalam periuk atau apa-apa alatan yang anda mahu guna untuk memasak.

3. Masak sehingga mendidih. Kemudian, masukkan bancuhan tepung jagung dengan 1 cawan air.

4. Masak sehingga kuah agak pekat dan berkilat. Rasa garam dan gula secukupnya.

5. Sebelum tutup api, masukkan sedikit bijan yang telah digoreng tanpa minyak dan hirisan daun ketumbar.

Sumber:

1. Che Maz Clv [1, 2]

2. Tuan Adriana Arissa [1, 2]

3. Anna Qawina (annaqawina.blogspot.com) [12]

4. Realiti Kehidupan (nursainur.blogspot.com) [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)