Oleh pada 29 Jun 2019 kategori

Ayam masak merah merupakan sejenis menu tradisional tempatan dan kaserol ketulan ayam dalam kuah tomato. Anda perlu menggoreng potongan ayam sehingga keemasan terlebih dahulu. Kemudian, anda bolehlah memasaknya secara perlahan-lahan dalam kuah tomato pedas.

Ayam masak merah biasanya digandingkan dengan hidangan nasi tomato iaitu beras yang dimasak dengan sos atau pes tomato, susu, rempah kering, dan bawang putih, bawang dan halia. Untuk menambahkan keenakan rasanya, kacang pea atau gajus boleh ditambah dan daun ketumbar boleh dijadikan sebagai hiasan. 

Selain itu, menu ini juga boleh digandingkan dengan hidangan barat seperti spaghetti. Ayam masak merah lazimnya boleh dijumpai dalam majlis keramaian seperti kenduri kahwin, rumah terbuka atau jamuan.

Ayam Masak Merah

Bahan-bahan A:

  • Cili merah
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Halia
  • Lengkuas (sedikit)
  • Serai
  • Tomato

Bahan-bahan B:

  • Ayam
  • Kulit kayu manis
  • Buah pelaga
  • Santan
  • Bawang besar - dipotong bulat
  • Daun bawang
  • Daun sup

Cara-cara penyediaan:

1. Kisar semua bahan A.

2. Goreng ayam. Jangan terlalu garing.

3. Tumis bahan yang dikisar bersama kayu manis dan buah pelaga menggunakan minyak goreng ayam tadi.

4. Kemudian, masukkan santan dan masak sehingga mendidih.

5. Masukkan ayam yang digoreng tadi.

6. Akhir sekali, masukkan bawang besar dipotong bulat, daun bawang dan daun sup.

7. Kuah menjadi pekat, boleh tutup api dan siap untuk dihidang.

ayam masak merah 1

ayam masak merah 2

ayam masak merah 3

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Syed Mohd Nazli Jamalullail [12345]

2. Wikipedia Ayam Masak Merah




Hakcipta iluminasi.com (2017)