Dumpling adalah antara jenis dim sum yang digemari ramai. Hidangan ini lazimnya umum dihidangkan sewaktu berkunjung ke restoran yang menghidangkan makanan dim sum.

Dim sum sendiri merupakan istilah dalam bahasa Kantonis yang bermaksud makanan ringan. Variasinya selain dumpling antara lain ialah bak pau dan dim sum kaki ayam.

Dumpling lazimnya terdiri daripada daging cincang ditambah dengan sayur-sayuran yang dibungkus dengan selembar kulit yang dibuat dari adunan tepung.

Terdapat pelbagai jenis dumpling, contohnya Jiaozi yang berisi daging cincang dan sayuran lazimnya dimasak dengan cara direbus dan mempunyai kulit yang tebal.

Potstickers merupakan dumpling yang proses memasaknya menggunaan cara pan fried. Dumpling dimasak di dalam pan/kuali rata menggunakan air dan minyak sehingga air habis sehingga bahagian bawah dumpling berwarna kecoklatan.

Dumpling udang atau Har Gau pula adalah dumpling yang berisi udang dan rebung. Keunikan Har Gau merupakan kulit pembungkusnya yang licin dan berkilat hampir telus.

Yang paling umum dikenali ialah Siu Mai atau siomay. Keunikannya merupakan bentuknya yang seperti bakul kecil, lazimnya dibuat dari daging ayam, ikan atau udang.

Sup Dumpling/Wantan dan Dumpling/Wantan Goreng

sup dumpling atau wantan dan dumpling atau wantan goreng 20

 

Bahan-bahan:

  • Ayam/daging kisar

Tips: Mahu gunakan isi ayam segar pun boleh, tapi perlu kisar atau cincang dahulu.

  • Kulit wantan

Tips: Terdapat dua jenis iaitu empat segi dan bulat.

  • Kulit tauhu
  • Serbuk lada sulah
  • Sayur-sayuran (apa-apa jenis)
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Bawang putih (4 ulas) - tiada dalam gambar
  • Air putih (1 mangkuk) - untuk jadikan gam melekatkan kulit wantan
  • Garam (1 sudu)

sup dumpling atau wantan dan dumpling atau wantan goreng 3

Tips:

✔ Boleh juga masukkan perencah sup.

✔ Boleh juga campurkan isi ayam dengan udang.

✔ Untuk lebih sedap, letak 1 sudu minyak bijan.

 

Cincangkan:

  • Lobak merah
  • Bawang putih (2 ulas)
  • Daun sup
  • Daun bawang

  

  • Ayam kisar

 

  

  • 2 serbuk lada sula
  • 1 sudu kecil garam

 

sup dumpling atau wantan dan dumpling atau wantan goreng 4

Gaulkan sehingga menjadi seperti di bawah.

sup dumpling atau wantan dan dumpling atau wantan goreng 2

Cara membuat:

1. Kulit wantan perlu dibuka sehelai demi sehelai dengan penuh kesabaran.

2. Letak 1 sudu inti. Kuantiti sama ada banyak atau sedikit ikut citarasa, asalkan nanti kulit wantan tersebut boleh melekat.

 

Cara pemilik resepi buat untuk membungkus wantan

cara bungkus wantan

 

➡ Sapu air pada kawasan garis merah.

➡ Ambil hujung pada kawasan warna kuning tersebut dan lekatkan pada kawasan warna hijau.

➡ Jadikan 3 segi. Hasilnya seperti gambar di bawah.

  

cara bungkus wantan 2

 

Jika mahu buat bentuk seperti ini pun sudah memadai, tetapi jika pandai buat bentuk lain pun boleh juga.

 

Cara membuat bentuk yang disukai oleh pemilik resepi:

Sapu air pada kawasan warna biru dan lekatkan pada kawasan berwarna ungu dan menjadi silang. Hasilnya seperti gambar di bawah.

cara bungkus wantan 3

 

Tips: Untuk lebih mudah, boleh belajar cara lipat wantan dari Youtube. 

  

1 bungkus kulit wantan

Pemilik resepi dapat 50 biji untuk 1 bungkus kulit wantan. Tunggu untuk digoreng atau masak sup.

 

Cara masak sup:

1. Tumis 2 ulas bawang putih sehingga naik bau.

2. Masukkan 2 mangkuk air dan tunggu sehingga menggelegak.

3. Selepas menggelegak, masukkan pula sayur-sayuran dan kulit tauhu.

4. Masukkan garam dan lada sulah. Jika ada perencah sup atau sup bunjut, lebih sedap.

5. Akhir sekali, masukkan dumpling.

6. Tunggu menggelegak dan dumpling menjadi seakan warna kuning cair ke putih, tutup api.

 

Tips: Untuk lebih lazat, sup dumpling/wantan boleh dimakan dengan mi wantan.

 

Sumber:

1. Nur Aqilah Jufri [1, 2]

2. Wikipedia Dumpling



Hakcipta iluminasi.com (2017)