Oleh pada 29 Nov 2018 kategori

Kredit foto: Siti Zaleha Mohd Mujer & Dtn Nor (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)

Nasi goreng kampung merupakan antara masakan Malaysia yang popular dan senang didapati di warung-warung dan restoran Melayu yang menjual secara à la carte. Nasi goreng kampung merupakan antara jenis variasi atau kepelbagaian menu nasi goreng yang boleh didapati di Malaysia.

Berlainan dengan nasi goreng jenis yang lain, nasi goreng ini dikenalpasti melalui cara masakan nasi goreng itu sendiri. Nasi goreng ini, selain menggunakan bahan tumis biasa iaitu bawang, lazimnya sayur dan ikan bilis juga digunakan.

Sayur yang lazimnya digunakan pula ialah sayur kangkung. Nasi goreng kampung juga turut popular dengan kepedasannya kerana penggunaan cili api atau cili padi dalam menu ini. Namun, pembeli boleh menyuruh tukang masak tidak meletakkan cili supaya tiada kepedasan.

Kepelbagaian jenis nasi goreng ini bergantung kepada tukang masak itu sendiri.

Nasi goreng kampung kebiasaannya disediakan dengan hirisan timun. Terdapat juga yang disediakan dengan beberapa racik daun selada, telur goreng, hirisan tomato atau keropok, berserta sos atau sambal. Terdapat juga penjual yang meletakkan sup sebagai sampingan.

Nasi Goreng Kampung Daging

nasigorengkampungdaging

Bahan bahan :

  • Nasi Putih
  • Kacang buncis
  • Daging (salami dan cube)
  • Cili api kampung merah dan hijau
  • Bawang merah kecil
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lengkuas
  • Sos tiram
  • Soya sos cair
  • Garam
  • Lada hitam
  • Sedikit air

Langkah-langkah penyediaan:

1. Panaskan pan. Letak sedikit minyak. Goreng daging kiub dan salami. Hiris dan potong kecil. Asingkan.

2. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia. Masukkan garam dan lada hitam siap-siap.

3. Potong hiris bawang merah. Lengkuas biarkan hiris besar. Ekstrak bau dan rasa sahaja yang dimahukan.

4. Panaskan pan atau kuali. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau dan garing. Masukkan soya sos cair, sos tiram dan sedikit air. Gaul rata. Pastikan rasa agak masin sedikit keranan sebentar lagi mahu masukkan nasi.

5. Setelah rasanya agak kena dengan tekak anda, masukkan nasi, daging dan kacang buncis. Besarkan api. Kilas nasi sekerap mungkin. Cuba rasa, jika sudah kena dengan selera, ianya sedia untuk dihidangkan.

Nota: Jangan lupa keluarkan lengkuas. Jika tidak, ada yang tergigit nanti.

Kredit foto:

1. Arbi Mohd Arbi [1, 2]

2. Wikipedia Nasi Goreng Kampung




Hakcipta iluminasi.com (2017)