Fishcake merupakan sebuah makanan yang serupa dengan kroket (croquette).

Ia terdiri daripada ikan filleted atau makanan laut lain dengan patti kentang, kadangkala disalut dalam serbuk roti atau tepung sadur (batter), dan digoreng. 

Fishcake seperti yang ditakrifkan dalam Kamus Oxford Makanan dan Pemakanan, adalah ikan yang dipotong atau dicincang dicampurkan dengan kentang, telur dan tepung dengan perasa bawang, lada dan kadang-kadang herba.

Di Indonesia , jenis fishcake di Sumatera Selatan dikenali sebagai pempek atau empek-empek.

Pempek tradisional Sumatera Selatan dihidangkan dengan kuah cuka (sos cuka). Fishcake ini biasanya berbentuk bulat atau tiub.

 

Fishcake Homemade Tanpa MSG

  

homemade fishcake tanpa msg

 

Bahan-bahan:

  • Isi ikan tenggiri (500g) - dibuang tulang dan kulit
  • Air ais (3/4) - anggaran
  • Tepung ubi (4 sudu besar)
  • Tepung jagung (2 sudu besar)
  • Lada sulah (1 sudu kecil)
  • Garam (3/4 sudu kecil)
  • Minyak masak (1 sudu besar)

 

Cara penyediaan:

1. Kisar isi ikan sehingga hancur.

Nota: Pemilik resepi menggunakan pengisar kering.

2. Keluarkan isi ikan. Tuang air ais sedikit demi sedikit. Gaul sehingga sebati. Jangan terlalu lembik.

3. Masukkan semua bahan yang lain. Gaul sebati. Uli adunan dengan tangan selama 4-5 minit.

Tips: Adunan memang sedikit lembik dan melekat pada tangan.

4. Lumur minyak pada permukaan dan sisi loyang.

Nota: Pemilik resepi sapu terlalu sedikit, terpaksa potong dalam loyang.

5. Tuang adunan dan padatkan dalam loyang.

Tips: Untuk adunan atas licin dan cantik, ratakan dengan sedikit minyak.

6. Kukus selama 15 minit. Keluarkan dari kukusan dan rehatkan selama 10 minit.

7. Terbalikkan fishcake dan potong mengikut saiz yang dimahukan.

8. Deep fry.

Tips: Jika mahu buat stok 'frozen', goreng sebentar dan simpan.

 

Sumber:

1. Nur Asyiqin Shokori [1, 2]

2. Wikipedia Fishcake


tags : , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)