sotong goreng kunyit

Bahan-bahan: 

  • Sotong dicuci bersih (digaul dengan kunyit)
  • 3 biji bawang merah (dihiris nipis)
  • 3 biji bawang putih (dihiris nipis)
  • 1 biji tomato (dibelah 6)
  • 1 biji bawang besar (dibelah 6)
  • Cili padi (mengikut tahap kepedasan yang anda suka)

Cara penyediaan:

1. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan bawang besar sehingga wangi dan bawang agak sedikit garing.

2. Masukkan sotong dan cili padi. Kacau rata.

3. Masukkan garam (atau Ajinomoto jika suka) dan tomato. Biarkan air sotong keluar.

4. Jika kurang kuah, boleh tambahkan sedikit air bergantung kepada citarasa masing-masing.

Sumber: Haslin Haslinda


tags : , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)