Oleh pada 01 Mar 2020 kategori

Selain sesuai dibuat sebagai hidangan sup dan kari, kaki ayam juga boleh digoreng tepung. Ia tidak meletup ketika digoreng kerana telah disalut dengan tepung.

Jika anda tidak makan kaki ayam, boleh tukar kepada ayam mengikut resepi ini. Selain itu, hidangan ini juga enak jika dimakan dengan bihun goreng.

Kaki Ayam Goreng Tepung

Bahan-bahan dikisar:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lada hitam
  • Lada putih
  • Garam
  • Serbuk kari
  • Perasa Adabi/stok ayam

Tepung kering:

  • Tepung Bestari pedas (1 cawan)
  • Tepung gandum (2 cawan)

Langkah pertama:

  1. Perap ayam dengan bahan basah.
  2. Golek ayam dengan tepung kering (salut tipis).
  3. Kemudian, masukkan kaki ayam dalam bahan basah (double dipped).
  4. Golek semula pada tepung kering. Ramas sedikit supaya tepung lebih melekat dan berkelopak.
  5. Goreng dengan minyak yang banyak (kaki ayam tenggelam). Api sederhana besar.
  6. Apabila ayam telah kelihatan garing dan keemasan, boleh angkat dan hidangkan.

Tips:

  • Kaki ayam goreng tidak sama seperti kaki ayam masak sup atau tomyam. Ia tidak liat dan tidak perlu masa yang lama untuk dimasak.
  • Jika tidak rajin untuk perap ayam, kunyit dan garam pun sudah cukup sedap. Salut dengan tepung goreng apa-apa jenama.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni. 

Kredit resepi: Murni Rahmat [1, 2]

Sumber informasi:

1. Hayati Zainal Abidin [1, 2]

2. Azilaini Shafie [1, 2]

3. Mariana Nasir [1, 2]

4. Atie Hayati [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)