Oleh pada 15 Dec 2024 kategori

Soft cookies merupakan sejenis biskut bertekstur kenyal, lembut dan lembap serta kebiasaannya dicicah dengan susu. Menggunakan resepi ini, anda dapat menghasilkan sebanyak 12 keping soft cookies.

Untuk kedua-dua bahan iaitu dark chocolate chip dan couverture chocolate, pemilik resepi menggunakan jenama Master Martini. Bekas yang digunakan pula bersaiz 5 inci.

Bahan-bahan:

  • Mentega bergaram (pure butter) (1/2 cawan)
  • Gula kastor (1/4 cawan)
  • Gula perang (1/2 cawan)
  • Telur saiz A/B (1 biji)
  • Esen vanila (1 sudu kecil)
  • Tepung gandum (1 ½ cawan) - ayak
  • Tepung jagung (1 sudu besar) - ayak
  • Soda bikarbonat (1/4 sudu kecil)
  • Serbuk penaik (1/4 sudu kecil)
  • Dark chocolate chip dan couverture chocolate (½ cawan) - boleh lebihkan jika suka banyak

Cara-cara membuat:

1. Cairkan mentega sehingga bertukar menjadi 'golden brown'. Biarkan sejuk seketika. 

2. Kemudian, masukkan ke dalam bekas bersama gula. Kacau sebati. 

3. Masukkan pula telur dan esen vanila. Sebatikan. 

4. Akhir sekali, masukkan tepung. Kacau-kacau adunan dan masukkan chocolate chip

5. Simpan dalam chiller selama 10-15 minit dan boleh bentukkan. 

Nota: Boleh juga bentukkan adunan biskut dahulu dan baru simpan dalam 'chiller'.

6. Keluarkan dan bolehlah dibakar dengan suhu 160c-170c selama 15-20 minit.

7. Boleh bentukkan menggunakan scoop aiskrim yang bersaiz besar atau timbang doh seberat 50g. Saiz sesuai yang disukai oleh pemilik resepi. Tidak terlalu besar dan terlalu kecil.

8. Guna pure butter sepenuhnya, serta dark chocolate chip atau couverture chocolate untuk rasa yang lebih enak dan premium.

merged image mergeimagesonline com 94

Resepi ini diambil dari kumpulan masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Tuan Adriana Arissa [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)