Menbosha atau roti goreng inti udang merupakan sebuah hidangan negara China yang menjadi terkenal di Korea sejak akhir-akhir ini. Intinya boleh digantikan dengan ayam, isi ikan atau apa sahaja kegemaran anda.

Tips supaya roti tidak serap minyak, pastikan minyak betul-betul panas. Goreng menggunakan api sederhana, tidak kecil dan tidak besar.

Selain itu, jangan goreng celup telur kerana roti tidak akan menjadi rangup. 

Menbosha (Fried Shrimp Toast)⁣⁣

menbosha default 1

Bahan-bahan:⁣

  • Roti (secukupnya⁣)
  • Udang (300gm)⁣
  • Lobak merah (1/2 batang) - dihiris⁣
  • Daun sup (1 pokok) - dihiris⁣
  • Lada putih (1 sudu kecil)
  • Serbuk perasa (sedikit)
  • Garam (secukup rasa)⁣
  • Tepung jagung⁣ (2 sudu)
  • Telur (1 biji)⁣
  • Minyak (secukupnya)⁣

⁣Cara-cara penyediaan:⁣

  1. Masukkan isi udang, lobak merah, daun sup, tepung jagung, lada putih, serbuk perasa dan garam secukup rasa ke dalam pengisar kering. Kisar sehingga lumat.⁣
  2. Pecahkan telur dan kacau rata.⁣
  3. Ambil dua keping roti dan potong empat.⁣
  4. Letak inti pada sekeping roti yang telah dipotong dan kapitkan. Buat sehingga habis. Boleh sejuk bekukan.⁣
  5. Panaskan minyak dan goreng sehingga garing. Siap.⁣

⁣Tips:

  • Untuk hidangan ini, perlu goreng menbosha sahaja tanpa celup telur atau tepung. Ia untuk mendapatkan kesan garing di luar dan lembap di dalam.
  • Boleh juga cuba bakar dalam ketuhar atau air fryer. Mungkin lebih sihat. Pastikan dapat kerangupan roti tersebut, barulah ada 'kick'.

menbosha default 2

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Nur Fakhira Mohd Rosli [12

Sumber informasi: Rohana Kuming71 [1, 2]



Hakcipta iluminasi.com (2017)