Oleh pada 13 Dec 2020 kategori

Menurut pemilik resepi, hidangan ini boleh diubahsuai mengikut citarasa sendiri. Jika tiada udang geragau, boleh gantikan dengan kiub ayam atau ikan bilis. Untuk lebih sedap, letakkan lebih banyak sayur.

Sebagai cadangan, letakkan sedikit rempah biji untuk rasa yang lebih enak. Udang geragau juga boleh digantikan dengan udang hidup putih bersaiz kecil. Selain itu, bakwan juga boleh dimakan dengan kuah kacang.

Bakwan

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum (2 cawan)*
  • Tepung beras (1 sudu)*
  • Tepung Bestari pedas (4 sudu)* - tidak wajib
  • Udang geragau kering (1/2 cawan)*
  • Telur (1 biji)* - tidak wajib
  • Garam (sedikit)*
  • Serbuk kunyit (sedikit)*
  • Lobak merah (1 1/2 cawan) - disagat**
  • Tauge (1 1/2 cawan)**
  • Hirisan kobis (1 1/2 cawan)**
  • Daun kucai (5 tangkai)**
  • Bawang besar (1 labu) - dihiris kasar**

Cara-cara membuat:

  1. Untuk bahan-bahan berhuruf condong*, bancuh dengan air ais. Agak-agak, jangan pekat dan cair.
  2. Masukkan bahan-bahan berhuruf tebal**. Gaul rata. Goreng menggunakan minyak yang banyak.

Sos Pencicah

Bahan-bahan:

  • Lada merah (2 biji)*
  • Bawang putih (1 ulas)*
  • Gula pasir (1/2 sudu)*
  • Cili sos (4 sudu)
  • Air panas (4 sudu)

Cara-cara membuat:

  1. Tumbuk lumat bahan-bahan berhuruf condong*. Jika tidak lumat, boleh sahaja tapis.
  2. Campurkan dengan cili sos dan air panas.

Tips: Bagi yang tiada alahan, penggunaan cili sos boleh sahaja digantikan dengan cuka masakan.

bakwan default 1

Cara menggoreng

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Siti Khajar [12]

Sumber informasi:

1. Pn Nova [1, 2]

2. Jan Salleh [1, 2]

3. Aja Jariah [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)