Serunding adalah sejenis hidangan yang dibuat dengan rempah dan dimasak sehingga kering, dan kadang-kadang berminyak (terutamanya serunding daging) supaya tahan lama.

Ia dimasak dan dikacau tanpa henti sehingga benar-benar kering disebabkan dengan cara tersebut sahaja ia akan tahan lama.

Antara serunding yang lazim adalah serunding daging, ayam, ikan, udang dan ikan bilis.

Ia merupakan menu yang biasa ketika Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji.

Masyarakat Melayu sering menghasilkan serunding terutamanya apabila banyak daging qurban (Hari Raya Haji).

Serunding boleh dimakan dengan nasi himpit, ketupat nasi, ketupat daun palas, lemang dan lain-lain.

Ia berasal dari negeri Kelantan Darul Naim dan banyak diusahakan secara tradisional di Kampung Laut, Jajahan Tumpat, Kelantan.

Sekarang, Kampung Laut merupakan pusat pembuatan serunding yang terbesar di Malaysia.

Tarikh terhasilnya serunding belum dapat diketahui, tetapi perusahaan serunding di Kampung Laut telah dipelopori oleh Allahyarhamah Mek Som binti Ismail atau lebih dikenali sebagai Mak Som Pak Soh Lotri oleh penduduk setempat.

Sekarang, perusahaan penghasilan serunding diwarisi oleh anak cucu beliau yang ramai.

 

Pulut Serunding (Pulut Cawan)

  

pulut serunding

Kredit foto: Aswan San (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)

 

Serunding Kelapa

 

Bahan-bahan:

  • Kelapa parut (pemilik resepi buat 6 biji kelapa)
  • Lada kering (dalam 30 tangkai) - digunting dan direbus
  • Bawang besar (5/6 biji)
  • Bawang putih (8/10 ulas)
  • Kunyit hidup (2 inci)
  • Udang kering (dalam 1 cawan) - terpulang jika mahu lebih, lebih sedap
  • Ketumbar
  • Jintan kasar
  • Jintan halus

➡ 3 jenis ini dalam 1/2 cawan

 

Kesemua bahan-bahan di atas dikisar dan ditumis sehingga naik minyak. Masukkan gula/garam/air asam jawa dan kelapa parut. Kacau sehingga kering.

  

  • Gula melaka/gula pasir
  • Garam/serbuk perasa
  • Air asam jawa (secukupnya)

 

Boleh disimpan dan dibekukan. Apabila mahu guna, keluarkan dan panaskan semula.

 

Pulut

 

Bahan-bahan:

  • Beras pulut
  • Air
  • Minyak masak (sesudu)
  • Garam (secubit)

 

Caranya:

1. Basuh beras pulut. 

2. Beras pulut dengan air ukurannya sama rata sahaja.

3. Letakkan sesudu minyak masak dan secubit garam. Tutup periuknya.

4. Masak atas api yang sederhana. Kacau dengan kerap.

5. Sebaik pulut kering sahaja, terus alas bawah periuk dengan tudung periuk.

6. Tanak selama 10 minit.

  

pulut serunding 1

 

Sumber:

1. Azleen Azlinda [1, 2]

2. Wikipedia Serunding



Hakcipta iluminasi.com (2017)