Oleh pada 06 Feb 2019 kategori

Samyang ramen (mi segera) adalah ramen segera yang dibuat oleh Samyang Foods, sebuah syarikat runcit di Korea. Jumlah panjang ramen ialah 50 meter.

Hot Chicken Flavor Ramen atau buldak-bokkeum-myeon yang biasanya dikenali sebagai mi api adalah sebuah jenama ramyeon yang dihasilkan oleh Samyang Food di Korea Selatan sejak April 2012.

Buldak-bokkeum-myeon dikenali sebagai salah satu ramyeon terpedas yang terdapat di pasaran Korea. Ukuran SHUnya sebanyak 4,404 dalam pakej asal. Terjemahan harfiahnya bermaksud: mi ayam goreng kilas (stir-fried). 

Ia tidak mempunyai sachet sup, tidak seperti kebanyakan ramyeon. Ia cuma mempunyai sachet sos, seperti goreng kilas (stir-fry). Flakesnya terdiri daripada rumpair merah kering (dried laver) dan biji bijan (sesame seeds).

Hot Chicken Flavor Ramen Cheese atau chijeu-buldak-bokkeum-myeon dalam bahasa Korea adalah versi Hot Chicken Flavor Ramen dengan serbuk keju yang dikeluarkan pada Mac 2016.

Buldak atau ayam api (fire chicken) adalah hidangan ayam yang sangat berempah dan barbeku. Maksud harfiah namanya adalah "ayam api", di mana bul bermaksud "api" dan dak pula bermaksud "ayam." 

Samyang Ramen Spicy Chicken Homemade

Buldak (korean spicy chicken) cheese ramen ala-ala samyang spicy chicken ramen versi homemade ini bukan sahaja sedap, malah dijamin halal

 

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Mi kerinting (mi maggi Mamee) - dibuang perencahnya
  • Minyak sayur/minyak zaitun (5 sudu)
  • Air (lebih kurang 5 sudu)
  • Kepingan keju (2 keping)
  • Rumpai laut
  • Bijan - disangai
  • Bawang putih (2 ulas) - dicincang halus *
  • Cili api merah (2 biji) - dicincang halus *
  • Serbuk cili (1 sudu besar) *
  • Cuka makan (1 sudu besar) *
  • Sos tiram (1 sudu kecil) *
  • Sos tomato (1 sudu kecil) *
  • Sos cili (1 sudu besar) *
  • Minyak bijan (1 sudu kecil) *
  • Cili boh (1 sudu besar) *
  • Kiub ayam (1/2 ketul) *
  • Sedikit garam *
  • Gula (1 sudu besar) *
  • Kicap (1 sudu kecil) *

 

Cara penyediaan:

1. Mula-mula, perap ayam. Dadu beberapa isi ayam (anggaran sekeping besar dada ayam).

2. Gaul bersama bahan-bahan yang berhuruf condong.

3. Gaul sebati dan perap selama 20 minit.

4. Sementara itu, celur mi kerinting. 

Tips: Pemilik resepi mahu gunakan mi kerinting Cintan, tetapi telah habis. Ikut citarasa anda untuk gunakan mi apa. Ramen basah atau ramen segar yang halal pun ada dijual di pasaraya.

5. Selepas celur, basuh dan tapiskan air.

6. Panaskan minyak sayur atau minyak zaitun.

7. Masukkan ayam yang diperap tadi. Buka api sederhana.

8. Isi air dalam bekas perap tadi supaya anda kaut semua bahan-bahan perap yang melekat pada bekas tersebut.

9. Tuang dalam kuali. Kacau sehingga semua bahan pekat dan masak.

10. Kemudian, masukkan mi dicelur tadi. Ketika ini, sesuaikan rasa. Tambah atau sesuaikan apa yang patut. Kacau rata.

Tips: Rasa masam, masin, manis dan pedas perlu seimbang.

11. Kecilkan api. Koyak kepingan keju (cheese slices) dan letak di tengah-tengah mi.

12. Tutup kuali dan biarkan selama 2-3 minit.

13. Pastikan sehingga keju cair seperti gambar di bawah.

buldak cheese ramen ala ala samyang spicy chicken ramen versi homemade

Tips: Untuk lebih sedap, masukkan dalam ketuhar atau microwave.

14. Tutup api dan letak dalam pinggan.

15. Hancur ramas rumpai laut (seaweed) dan tabur di atas mi.

16. Kemudian, tabur bijan yang telah disangai.

 

Nota: Sebelum makan, sediakan susu sejuk dan tisu. Resepi ini tidak terlalu pedas. Jika suka, anda boleh cuba untuk buat lebih pedas.

 

Sumber:

1. Nur Fakhira Mohd Rosli [12]

2. Wikipedia [1, 2, 3]




Hakcipta iluminasi.com (2017)