Oleh pada 14 Apr 2019 kategori

Cendol merupakan sejenis minuman pencuci mulut yang dapat ditemui di negara-negara Asia Tenggara.

Ramuan asasnya ialah santan, jeli hijau (pewarna pandan), pulut, ais dan gula melaka.

Selain daripada bahan asas ini, cendol dapat ditambah bahan lain seperti kacang merah, pulut, jeli hitam dan jagung bergantung kepada citarasa si pemakan.

Bahan utama cendol iaitu jeli hijau dibuat dari tepung beras yang dicampur dengan air jernih daripada mendapan kapur sirih.

Air hendaklah dimasak sehingga menggelegak dan dikacau sehingga cair namun pekat.

Selepas itu, campuran tadi dimasukkan ke tin yang ditebuk seperti siraman hujan.

Campuran yang pekat tadi ditekan untuk keluar melalui lubang tersebut dan dibiarkan sejuk di dalam bekas air yang disediakan di bawah bekas berlubang itu.

Jeli ini boleh diwarnakan dengan hijau (warna pandan) namun ia turut boleh diwarnakan mengikut warna kegemaran masing-masing.

Cara penyediaan tradisi jeli lazimnya diwarnakan dengan air daun pandan.

Ia disajikan dengan ais, air gula melaka dan santan. Namun, ia ditambahkan pula dengan pulut dan susu isian manis.

Ia turut sedap dinikmati dengan buah-buahan.

Di Malaysia, sebilangan pembuat cendol telah menghasilkan cendol selama tiga generasi sejak 1920-an sehingga kini, suatu tempoh 90 tahun.

Cendol amat disukai oleh penduduk Malaysia disebabkan cuaca dan iklimnya yang panas.

Terdapat pelbagai restoran dan kedai makan yang menghidangkan cendol di seluruh Malaysia.

 

Cendol Homemade Tanpa Kapur

 

Bahan-bahan:

  • Tepung jagung (1 cawan)
  • Air pandan (3 cawan) - kisar daun pandan (2 helai) dan tapis
  • Garam (secubit)
  • Pewarna - jika mahu letak

 

Cara penyediaan:

1. Campurkan semua bahan dalam periuk masak sehingga pekat berkilat. Kacau supaya tidak hangit. 

2. Sediakan bekas berisi air sejuk.

3. Masukkan adunan cendol ke dalam piping bag atau plastik semasa panas-panas suam.

Nota: Saiz cendol mengikut lubang yang dibuat. 

4. Tekan atau picit adunan ke dalam bekas berisi air sejuk.

Nota: Jika mahu simpan dalam peti ais, simpan sekali dengan air rendaman tersebut.

5. Makan dengan susu cair atau santan dan gula melaka.

Nota: Ia tidak senang hancur.

 

Untuk melihat resepi-resepi lain, boleh follow Facebook Raja Amanina.

 

Resepi Bonus: Cendol Daun Pandan

cendol daun pandan

 

Bahan-bahan:

  • Air (700ml)
  • Daun pandan (10 helai) - dihiris kasar, boleh diletak lebih

➡ Kisar dua bahan ini dan toskan.

  • Tepung beras (150g)
  • Tepung kanji/tepung ubi (1 sudu makan)
  • Air kapur (2 sudu makan)

 

Nota:

✔ Jika kapur tersebut masih dalam bentuk serbuk atau cecair, caranya ambil 1/2 sudu makan kapur dan bancuh dengan 3 sudu makan air.

✔ Untuk membuat cendol, hanya diperlukan 2 sudu makan air kapur sahaja.

 

Cara penyediaan:

1. Campurkan semua bahan-bahan ini dalam periuk dan kacau sebati.

2. Kemudian, hidupkan api dan pastikan api perlahan. Kacau sehingga adunan berkilat (rujuk gambar). Kemudian, sediakan air sejuk dalam besen dan boleh buat cendol menggunakan acuan cendol.

cendol daun pandan 1

3. Apabila adunan telah menjadi seperti gambar di bawah, perlu sentiasa kacau menggunakan api perlahan.

cendol daun pandan 2

 

Tips:

✔ Jangan masak adunan ini terlalu sekejap. Masak sehingga adunan berkilat menggunakan api perlahan.

✔ Jika mahu warna hijau tersebut lebih terang, lebihkan sahaja daun pandan.

 

Sumber:

1. Raja Amanina [1, 2]

2. Nana Sabrina Sarsan [1, 2]

3. Wikipedia Cendol




Hakcipta iluminasi.com (2017)