Oleh pada 04 Oct 2019 kategori

Roti chicken floss (chicken floss bun) atau juga dipanggil sebagai roti serunding ayam sangat terkenal di kalangan penggemar roti. Ia mempunyai rasa yang amat lembut dan berlemak. 

Untuk flossnya, anda boleh membelinya di kedai. Jika rajin, anda boleh menggantikannya dengan serunding daging.

Roti Chicken Floss

Bahan-bahan A:

  • Tepung berprotein tinggi (high protein flour) (450g) + tepung gandum (50g)
  • Gula (70g)
  • Yis (8g)
  • Improver (1 sudu kecil) + softener (1 sudu kecil)
  • Susu tepung (4 sudu besar)

Bahan-bahan B:

  • Telur (1 biji) + air = jadikan 280-300ml

Bahan-bahan C:

  • Mentega/marjerin (60g)
  • Garam halus (1 sudu kecil)

Bahan-bahan D:

  • Marjerin
  • Mayonis
  • Chicken floss

Cara-cara penyediaan:

  1. Uli bahan A dan B.
  2. Masukkan bahan C dan sambung uli sehingga adunan tidak melekat di tangan, sekurang-kurangnya 30 minit.
  3. Bentukkan adunan bulat-bulat dan perap sehingga naik ke 3 kali ganda dari saiz asal.
  4. Sembur (spray) air ke atas adunan sebelum dibakar.
  5. Bakar dengan suhu 180'c selama 25-30 minit atau sehingga kekuning-kuningan.
  6. Selepas siap dibakar, sapu marjerin. Kemudian, sapu pula mayonis.
  7. Taburkan chicken floss di atas sapuan mayonis tadi.

Tips:

  • Lebih lama menguli, lebih cantik adunan roti.
  • Spray air sebelum bakar untuk mengelakkan roti terlalu kering.
  • Sebelum bakar juga, boleh dihias dengan bahan-bahan kegemaran masing-masing.

roti chicken floss final 1

roti chicken floss final 2

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Sha Roziah Al Yahya [1, 2]

2. From My Desktop Section (finizaini.blogspot.com) [1, 2]

3. Azian Collections (aziancollections.blogspot.com) [1, 2




Hakcipta iluminasi.com (2017)