Jika anda sudah biasa membeli popcorn ayam atau popcorn chicken yang telah siap di pasaraya, apa kata kali ini anda cuba untuk membuatnya di rumah. Bolehlah anda habiskan isi ayam yang terbiar lama di dalam peti ais.

Formulanya ialah ayam perapan celup tepung - celup air - celup tepung semula - goreng. Tepung tersebut jika mahu campur juga boleh: tepung jagung + tepung gandum + tepung beras (nisbah 1:1:1, semua sama banyak dan kaedah juga sama ikut semula seperti di atas). 

Popcorn Ayam (Popcorn Chicken)

popcorn chicken 1

Bahan-bahan:

  • Dada ayam - dipotong dadu
  • Garam
  • Bawang putih - ditumbuk halus
  • Oregano - pilihan
  • Serbuk perasa
  • Air - pemilik resepi menggunakan air Coway
  • Tepung jagung
  • Lada hitam

Cara-cara penyediaan:

  1. Perap ayam dengan garam, serbuk perasa, bawang putih tumbuk, oregano dan lada hitam. Perap seberapa lama yang anda mahu. Pemilik resepi perap selama 10 minit sahaja.
  2. Gaul ayam perapan tadi dengan tepung jagung sehingga sekata setiap ketul.
  3. Celup ayam salutan tepung tadi dalam air.
  4. Kemudian, gaul semula ayam basah tersebut dengan tepung jagung yang baru.
  5. Selepas siap celup kesemuanya, goreng dalam minyak penuh. Pemilik resepi goreng dalam periuk. Tutup periuk. Agak-agak telah garing, angkat. Siap.

popcorn chicken default

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Zaini Hilmy [12]

Sumber informasi:

1. Azhieeda Ahmad [12]

2. Meera A Halim [12]



Hakcipta iluminasi.com (2017)