Oleh pada 17 Apr 2019 kategori

Sos cili manis yang juga dikenali sebagai sos cili manis Thai atau nam chim kai di Thailand (secara harfiah bermaksud "sos celup untuk ayam"), adalah sejenis perasa sos cili popular di Thailand, Afghanistan, Malaysia dan masakan Barat.

Ia lazimnya dibuat dengan lada cili merah (seringkali 'Fresno Chili', thai atau red jalapenos), cuka wain beras (rice wine vinegar), kadang-kadang bawang putih, kadang-kadang sos ikan dan bahan pemanis seperti buah atau gula atau madu yang halus.

Ia popular sebagai celupan (dip) dalam hidangan di restoran Cina Eropah seperti roti bakar udang, popia (egg roll), bungkusan salad (lettuce wrap), sayap ayam dan popia (spring roll).

Ia juga boleh dibeli dalam bentuk botol. Di Australia, Eropah dan Amerika Syarikat, 'sos cili manis Thai' boleh didapati sebagai perasa di banyak kedai makan dan pasar raya.

 

Sos Cili Thai Homemade

 

Bahan-bahan:

  • Cabai kering (10 biji)
  • Cabai besar merah (5 biji)
  • Bawang putih (8 ulas)
  • Limau kasturi (3 biji)
  • Gula putih/gula merah
  • Garam
  • Tepung ubi (3 sudu besar) - dibancuh dengan air

 

Cara-cara membuat: 

1. Basuh, potong dan goreng cabai kering .

2. Kisar cabai besar dan cabai kering yang telah goreng bersama 4 ulas bawang putih (anggaran air dalam 3 cawan) .

3. Masukkan bahan kisar dalam periuk dan tambahkan baki bawang putih yang dicincang halus .

4. Masakkan atas api sehingga mendidih dan hilang bau cabai.

5. Perah limau kasturi dan tambah garam gula mengikut citarasa .

6. Masak sehingga mendidih dan masukkan sedikit demi sedikit bancuhan tepung ubi mengikut kepekatan yang digemari.

7. Boleh sejukkan dan masukkan dalam balang. Simpan dalam peti sejuk.

 

Nota:

✔ Pemilik resepi tidak gemar menggunakan cuka. Oleh itu, beliau gantikan dengan jus limau. 

✔ Jika mahu warna yang jernih, guna gula putih sahaja. Pemilik resepi gemar gelap sedikit dengan menambah gula merah.

✔ Tepung ubi untuk memekatkan sos dan cantik sahaja jernih. Jika mahu guna tepung jagung pun boleh, tetapi hasilnya kurang cantik.

 

Sumber:

1. Imah Salleh [12]

2. Wikipedia Sos CIli Manis




Hakcipta iluminasi.com (2017)